awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Satu lagi bencana kemanusiaan melanda Gaza - Presiden Perhimpunan Agung PBB

Bernama
Bernama
13/02/2024
06:31 MYT
Satu lagi bencana kemanusiaan melanda Gaza - Presiden Perhimpunan Agung PBB
Tentera Israel merancang untuk melancarkan serangan darat di Rafah, sebuah kawasan yang menempatkan lebih sejuta orang yang mencari tempat perlindungan. - Gambar fail/Reuters
WASHINGTON: Presiden Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Dennis Francis pada Isnin menyuarakan kebimbangan mengenai serangan Israel ke atas bandar Rafah, lapor Agensi Anadolu.
"Saya amat bimbang dengan peningkatan operasi ketenteraan di Rafah dengan lebih sejuta orang awam yang berlindung sudah berada dalam keadaan yang amat sukar.
"Satu lagi fasa bencana kemanusiaan. Ini bukan jalan menuju keamanan yang mampan," katanya di platform X.
Beliau akan terus merayu kepada semua pihak berkepentingan untuk menghentikan pertumpahan darah dan memulakan dialog bermakna demi keamanan yang berkekalan.
Tentera Israel merancang untuk melancarkan serangan darat di Rafah, sebuah kawasan yang menempatkan lebih sejuta orang yang mencari tempat perlindungan.
Israel telah menyerang Semenanjung Gaza sejak Oktober, membunuh sekurang-kurangnya 28,340 orang dan mencederakan 67,984 lagi.
Serangan Israel telah menyebabkan 85 peratus penduduk Gaza hilang tempat tinggal di tengah-tengah kekurangan makanan, bekalan air bersih dan ubat-ubatan manakala 60 peratus infrastruktur di wilayah itu rosak atau musnah, menurut PBB.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#serangan Israel
#Rafah
#presiden PBB
#Dennis Francis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan