Satu mayat ditemukan dalam pencarian pesawat IAT ATR 42-500

Mayat ditemukan pada kira-kira jam 2.20 petang waktu tempatan di lereng Bukit Bulusaraung di mana serpihan pesawat telah dikesan sebelum ini. -Foto Facebook
JAKARTA: Pihak berkuasa Indonesia menemukan pada Ahad, mayat seorang daripada 10 individu yang berada di dalam pesawat malang yang mengalami nahas di Sulawesi Selatan.
Ringkasan AI
- Mayat seorang daripada 10 individu pesawat di Sulawesi Selatan ditemui pada Ahad di lereng Bukit Bulusaraung, Kabupaten Maros.
- Pesawat ATR 42-500 milik Indonesian Air Transport (IAT) hilang kawalan trafik udara tengah hari Sabtu semasa penerbangan dari Yogyakarta ke Makassar.
- Operasi SAR dihadapi cuaca mencabar dengan jarak pandang terhad, namun lokasi enjin pesawat dan serpihan tambahan telah dikenal pasti.
"Seorang mangsa lelaki ditemukan pada koordinat '04?54'44" S dan 119?44'48" E', di dasar gaung sedalam kira-kira 200 meter dan berhampiran serpihan pesawat.
"Usaha mengeluarkan mayat sedang dijalankan," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Pesawat yang membawa tujuh kru dan tiga penumpang itu dilaporkan terputus hubungan dengan kawalan trafik udara kira-kira tengah hari Sabtu di Daerah Maros semasa dalam penerbangan dari Yogyakarta ke Makassar.
Kementerian Hal Ehwal Marin dan Perikanan Indonesia pada Sabtu mengesahkan bahawa pesawat yang hilang itu merupakan pesawat peronda miliknya yang dikendalikan oleh IAT dan didaftarkan sebagai PK-THT.
Sementara itu, Muhammad Arif berkata pasukan SAR telah mengenal pasti lokasi enjin pesawat berdasarkan laporan visual dari lapangan dan turut menemukan serpihan tambahan termasuk bahagian badan pesawat serta kerusi.
Beliau berkata operasi SAR yang bermula sejak awal Ahad itu berdepan keadaan bentuk muka bumi dan cuaca yang amat mencabar, termasuk hujan lebat serta kabus tebal yang mengehadkan jarak penglihatan kepada kira-kira lima meter di puncak bukit.
"Hal ini telah menjejaskan pergerakan pasukan, termasuk pembatalan sementara penurunan secara menegak demi keselamatan personel," katanya.
-- BERNAMA
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Siapakah yang ditemui sebagai mayat pertama daripada pesawat yang mengalami nahas di Sulawesi Selatan? A: Mayat pertama yang ditemui adalah seorang penumpang pesawat ATR 42-500 milik Indonesian Air Transport (IAT).
- Q: Bagaimana pihak berkuasa Indonesia mengenal pasti lokasi enjin pesawat yang hilang? A: Pasukan SAR mengenal pasti lokasi enjin pesawat berdasarkan laporan visual dari lapangan.
- Q: Apakah yang dijumpai di lereng Bukit Bulusaraung dalam Kabupaten Maros, Sulawesi Selatan, berhubung dengan pesawat yang hilang? A: Di lereng Bukit Bulusaraung, ditemui mayat seorang mangsa lelaki dan serpihan pesawat berserta kerusi.
- Q: Berapakah jumlah kru dan penumpang yang berada dalam pesawat yang hilang? A: Pesawat yang hilang membawa tujuh kru dan tiga penumpang.
- Q: Apakah yang menyebabkan operasi SAR dihadapi cabaran yang mencabar? A: Operasi SAR dihadapi cabaran cuaca yang mencabar seperti hujan lebat dan kabus tebal yang mengehadkan jarak penglihatan.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

