MINDEF beri amaran, tindakan tegas terhadap penyebar maklumat sulit ATM

MINDEF menegaskan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap sesiapa yang menyebarkan maklumat berkaitan urusan perjawatan strategik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di media sosial.
KUALA LUMPUR: Kementerian Pertahanan (MINDEF) tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang didapati terlibat menyebarkan maklumat berkaitan urusan perjawatan strategik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di media sosial.
Ringkasan AI
- Kementerian Pertahanan (MINDEF) menegaskan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap sesiapa yang menyebarkan maklumat berkaitan urusan perjawatan strategik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di media sosial kerana mencabar kredibiliti sistem pengurusan pertahanan negara.
- MINDEF menegaskan bahawa sebarang keputusan perjawatan dan kenaikan pangkat pegawai ATM bergantung kepada perkenan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Majlis Angkatan Tentera (MAT).
- MINDEF turut memberi amaran bahawa sebaran maklumat sulit atau dalaman secara terbuka boleh mengancam keselamatan maklumat serta kedaulatan negara.
"Perlu dijelaskan bahawa sebarang ketetapan perjawatan dan kenaikan pangkat pegawai ATM adalah tertakluk kepada perkenan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong selaku Pemerintah Tertinggi ATM atas nasihat Majlis Angkatan Tentera (MAT)," katanya.
MINDEF berkata, pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang didapati menyebarkan maklumat sulit kerajaan di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Katanya, ia termasuk di bawah Akta Angkatan Tentera 1972 atau Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 berikutan penyebaran maklumat dalaman kerajaan di platform media sosial.
Justeru, sebarang hebahan pramatang dianggap sebagai satu bentuk ketidakhormatan kepada institusi Diraja dan hierarki kepimpinan ATM.
MINDEF turut memberi peringatan, sebaran maklumat sulit atau dalaman secara terbuka boleh mengundang ancaman kepada keselamatan maklumat serta kedaulatan negara.
MINDEF menasihatkan orang ramai supaya menghentikan serta-merta sebarang tindakan yang boleh mengeruhkan keadaan, mencemarkan imej ATM, serta mengelirukan masyarakat.
"Orang ramai dinasihatkan agar tidak memuat naik, mengulas atau menyebarkan semula kandungan berunsur spekulasi tersebut, sebaliknya merujuk pengumuman rasmi melalui saluran Kementerian dan ATM," katanya.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah tindakan yang akan diambil oleh Kementerian Pertahanan (MINDEF) terhadap sesiapa yang menyebarkan maklumat berkaitan urusan perjawatan strategik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di media sosial? A: MINDEF akan mengambil tindakan undang-undang kerana melihat tindakan tersebut sebagai mencabar kredibiliti sistem pengurusan pertahanan negara.
- Q: Siapakah yang mempunyai kuasa untuk membuat keputusan perjawatan dan kenaikan pangkat pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM)? A: Keputusan perjawatan dan kenaikan pangkat pegawai ATM bergantung kepada perkenan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Majlis Angkatan Tentera (MAT).
- Q: Mengapa MINDEF memberi amaran bahawa sebaran maklumat sulit atau dalaman secara terbuka boleh mengancam keselamatan maklumat serta kedaulatan negara? A: MINDEF memberi amaran demikian kerana ia dianggap sebagai satu bentuk ketidakhormatan kepada institusi Diraja dan hierarki kepimpinan ATM yang boleh membahayakan keselamatan maklumat serta kedaulatan negara.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

