MOSCOW: Yulia Navalnaya, balu kepada Ketua Pembangkang Rusia, Alexei Navalny berikrar akan meneruskan perjuangan suaminya untuk membebaskan Rusia dan menyeru penyokong untuk memerangi Presiden Vladimir Putin dengan gelombang yang lebih besar berbanding sebelumnya.
"Saya mahu tinggal di Rusia yang bebas, saya mahu membina Rusia yang bebas," kata Navalnaya dalam mesej video bertajuk "Saya akan meneruskan kerja Alexei Navalny."
"Vladimir Putin membunuh suami saya," dakwa Navalnaya sambil menambah dia akan bekerjasama dengan rakyat Rusia untuk berperang dengan Kremlin untuk mewujudkan Rusia baharu.
Kremlin, bagaimanapun, telah menafikan penglibatan dalam kematian Navalny.
"Dengan membunuh Alexei, Putin membunuh separuh daripada saya - separuh daripada hati saya dan separuh daripada jiwa saya," kata wanita itu lagi.
"Tetapi saya masih mempunyai separuh lagi dan ia memberitahu saya bahawa saya tidak berhak untuk berputus asa. Saya akan meneruskan kerja Alexei Navalny, terus berjuang untuk negara kita.
"Saya menggesa anda untuk berdiri di sebelah saya.
"Saya minta anda berkongsi rasa marah dengan saya. Geram, marah, benci terhadap mereka yang berani membunuh masa depan kita," tegas Navalnaya lagi.
Dalam masa sama, Navalnaya menuduh pihak berkuasa Rusia menyembunyikan mayat suaminya dan menunggu jejak bahan saraf Novichok hilang dari tubuhnya.
"Kami tahu mengapa Putin membunuh Alexei.
"Kami akan memberitahu anda mengenainya tidak lama lagi. Kami pasti akan mengetahui siapa sebenarnya yang melakukan jenayah ini dan bagaimana sebenarnya. Kami akan menamakan nama dan menunjukkan muka (mereka)," ujar Navalnaya.
Navalny yang juga Ketua Pembangkang Rusia dilaporkan meninggal dunia di penjara Arkitik pada 16 Februari lalu.
Perkhidmatan penjara Rusia mengesahkan kematian Navalny yang sedang menjalani hukuman selama 19 tahun.
Navalny, 47, merupakan pemimpin pembangkang yang sering melontarkan kritikan terhadap amalan rasuah di bawah pentadbiran Putin.
Pendedahan yang dibuatnya mendapat jutaan tontonan di YouTube dan berjaya menarik puluhan ribu rakyat Rusia ke jalan raya biarpun terpaksa berdepan undang-undang anti protes yang tegas.
Navalny yang mempunyai ramai pengikut itu dipenjarakan pada awal 2021 selepas kembali ke Rusia dari Jerman.
Beliau sebelum itu dilaporkan pulih daripada serangan racun Novichok, sejenis racun saraf era Soviet yang hampir meragut nyawanya.
Navalny kemudiannya dihukum penjara 19 tahun, suatu tindakan yang mendapat kecaman kumpulan hak asasi manusia dan di Barat kerana hukuman itu dianggap sebagai pembalasan atas penentangannya terhadap Kremlin. - Agensi
Agensi
Tue Feb 20 2024
Yulia Navalnaya, balu kepada Ketua Pembangkang Rusia, Alexei Navalny berikrar akan meneruskan perjuangan suaminya untuk membebaskan Rusia dan menyeru penyokong untuk memerangi Presiden Vladimir Putin. - Gambar REUTERS
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Mayat Navalny diserah kepada keluarga
Tidak dikehatui sama ada pihak berkuasa akan membenarkan majlis pengkebumian untuk Navalny diadakan mengikut kehendak keluarga.
Lyudmila Navalnaya tuntut mayat anak lelakinya daripada Vladimir Putin
"Beri saya peluang jumpa anak saya," pinta Lyudmila Navalnaya daripada Vladimir Putin.
“Saya akan meneruskan perjuangan suami” - Balu Navalny
Yulia Navalnaya tuduh pegawai Rusia sembunyikan mayat mendiang suaminya.
Rusia sorok mayat Alexei Navalny?
Navalny dilaporkan meninggal dunia pada usia 47 tahun di penjara terpencil IK-3 di Bulatan Artik pada Jumaat.
PM Kanada terkejut dengar kematian Alexei Navalny
Pemergian Navalny menunjukkan sejauh mana Putin akan menindas sesiapa sahaja yang berjuang untuk kebebasan rakyat Rusia.
Alexei Navalny dianggap sebagai hero oleh pengikutnya
Alexei Navalny yang meninggal dunia dalam penjara dianggap sebagai hero di mata rakyat Rusia.
Kematian Navalny tragedi bagi Rusia - Hillary Clinton
Bekas Setiausaha Negara AS sifatkan, kematian Navalny amaran kepada mereka yang menganggap boleh "membuat perjanjian" dengan Putin.
Biden salahkan Putin atas kematian Alexei Navalny
Presiden AS sifatkan kematian Ketua Pembangkang Rusia bukti kekejaman Vladimir Putin.
Ketua Pembangkang Rusia temui ajal di penjara
Perkhidmatan penjara Rusia mengesahkan kematian Navalny yang sedang menjalani hukuman selama 19 tahun.
Tindakan terhadap pemimpin pembangkang Rusia tidak adil - Biden
Doktor kepada Navalny memaklumkan bahawa kesihatan Navalny merosot dengan cepat.