Skip to main content

Dunia

Saya sudah divaksin, saya boleh berjalan jauh - Presiden Rusia

51616727112_VladimirPutin.jpg
PRESIDEN Rusia, Vladimir Putin mendakwa dirinya kini boleh melakukan perjalanan jauh selepas menerima suntikan vaksin COVID-19.

Bercakap dalam mesyuarat bersama petugas kebudayaan yang diadakan secara maya, Putin menjelaskan, beliau akan turun padang untuk melawat kawasan, memandangkan dirinya kini dilindungi.

"Seperti yang anda tahu, saya sudah melalui proses vaksinasi. Kita perlu lihat sebanyak mana antibodi yang akan muncul nanti.

"Saya akan meluaskan geografi lawatan saya ke beberapa tempat, termasuk bagi menghadiri upacara kebudayaan seperti perpustakaan dan sebagainya," katanya pada Khamis.

Media tempatan melaporkan, Putin menerima suntikan vaksin pada Selasa, namun detik bersejarah itu tidak dirakamkan.

Ia sekali gus menimbulkan persoalan sama ada beliau benar-benar diberi suntikan vaksin atau sebaliknya.

Namun, menurut jurucakap Putin, beliau dalam keadaan baik selepas menerima suntikan tersebut.



Advertisement

Must Watch Video