awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
VM2026: Strategi promosi perlu fokus kumpulan sasaran - Ahmad Zahid
KMP perkasa industri kitar semula bateri negara
Anwar nafi sebarang kaitan dengan kes Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SCO galas tanggungjawab lebih besar dalam menjaga keamanan - Xi

Bernama
Bernama
01/09/2025
11:05 MYT
SCO galas tanggungjawab lebih besar dalam menjaga keamanan - Xi
Sejak ditubuhkan pada 2001, SCO menjadi platform penting membina perpaduan, kepercayaan dan hubungan antarabangsa baharu. - Foto Reuters
TIANJIN: Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) memikul tanggungjawab lebih besar dalam usaha menjaga keamanan dan kestabilan serantau serta memacu kemakmuran bersama, tatkala dunia berdepan ketidaktentuan yang semakin meningkat.

Ringkasan AI
  • Presiden China Xi Jinping menegaskan SCO memikul tanggungjawab besar untuk menjaga keamanan serantau, memacu kemakmuran bersama dan mengukuhkan kerjasama ketika dunia berdepan ketidaktentuan.
  • Sejak ditubuhkan pada 2001, SCO menjadi platform penting membina perpaduan, kepercayaan dan hubungan antarabangsa baharu; sidang kemuncak kali ini bertujuan merangka pelan tindakan pembangunan seterusnya.
  • Xi yakin SCO akan memainkan peranan lebih besar dalam memperkukuh solidariti, menghimpun kekuatan Selatan Global dan menyumbang kepada pembangunan peradaban manusia.

Presiden China Xi Jinping membuat kenyataan itu ketika berucap pada majlis jamuan bagi meraikan tetamu kehormat asing yang berada di Tianjin, utara China untuk menghadiri Sidang Kemuncak SCO 2025.
Xi berkata sejak ditubuhkan pada Jun 2001, SCO sentiasa menjunjung "Semangat Shanghai", memperkukuh perpaduan dan rasa saling percaya serta kerjasama pragmatik, selain aktif terlibat dalam urusan antarabangsa dan serantau.
Pertubuhan itu telah menjadi tenaga penting dalam menggalakkan pembentukan hubungan antarabangsa model baharu dan komuniti berkongsi nasib sesama insan.
Menurut beliau, sidang kemuncak kali ini menyasarkan untuk mengumpul konsensus semua pihak, merangsang momentum kerjasama serta merangka pelan tindakan pembangunan bagi fasa seterusnya.
Xi yakin bahawa persidangan berkenaan akan diadakan dengan jayanya melalui usaha bersepadu semua pihak.
Beliau juga yakin SCO pasti akan memainkan peranan lebih besar dan mencapai kemajuan lebih signifikan, malah memberi sumbangan lebih besar dalam usaha memperkasa solidariti dan kolaborasi antara negara anggota, menghimpun kekuatan Selatan Global serta mendorong pembangunan peradaban umat manusia.
Majlis jamuan itu dihoskan bersama oleh Presiden Xi dan isteri, Peng Liyuan di Pusat Konvensyen dan Pameran Meijiang di Tianjin pada Ahad malam.
BERNAMA-CMG
Topic Berkaitan
#China
#SCO
#Xi Jinping
#keamanan serantau
#Tianjin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan