awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Realme mula buang pekerja di India selepas kembali di bawah Oppo
Litar pintas dipercayai punca deretan rumah sewa terbakar
Quick Share diperluas, Android bakal dapat sokongan AirDrop rentas platform
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sebatang kara selepas bapa, abang, maut ditembak pengganas Christchurch

Agensi
Agensi
23/03/2019
01:31 MYT
Sebatang kara selepas bapa, abang, maut ditembak pengganas Christchurch
Zaid Mustafa (berkerusi roda) kehilangan bapa dan abangnya selepas kedua-duanya meninggal dunia dalam serangan pengganas di Christchurch, New Zealand. (Foto AP/Fail)
“SAYA tidak mahu keseorangan di sini...”
Kata-kata itu diluahkan Zaid Mustafa, 13 tahun, yang kehilangan bapa, Khaled Mustafa, dan abangnya Hamza, dalam insiden serangan pengganas di dua masjid di Christchurch, New Zealand, 15 Mac lalu.
Tiga beranak itu berpindah ke New Zealand sejak sebulan lalu selepas berjaya bebas daripada konflik perang saudara di Syria.
Zaid yang hadir di tanah perkuburan Memorial Park berkerusi roda selepas cedera dalam kejadian itu dilihat gagal menahan sebak sebaik keranda yang membawa bapa dan abangnya disemadikan.
Dalam pada itu, Ali Reza dari Pakistan turut merasai kesedihan yang sama apabila dia sendiri kehilangan 12 orang rakan dalam insiden yang berlaku di Masjid Al Noor.
“Kerajaan New Zealand akan membantu dan menyokong kami dalam apa cara sekali pun. Saya bangga tinggal di sini,” katanya kepada stuff.co.nz.
Sementara itu, Jamil el-biza dari Persatuan Ahlus Sunnah Wal Jamaah di Sydney berkata, upacara pengebumian bagi 50 mangsa tragedi solat Jumaat itu, yang diadakan secara berperingkat, umpama sebuah demonstrasi yang dihadiri oleh penduduk termasuk yang tinggal jauh dari Christchurch.
Katanya, ahli politik Australia dan pengamal media perlu menjadikan insiden itu sebagai satu pengajaran selepas berlakunya kekejaman di Christchurch.
“Perdana Menteri Australia, Scott Morrison perlu mencari jalan baharu bagaimana untuk berkomunikasi dan mengembalikan kepercayaan umat Islam di sana.
“Saya tidak tahu jika ia akan berhasil, tetapi beliau perlu cuba dan sekiranya gagal, beliau tidak layak untuk menjadi perdana menteri,” jelasnya.
Suspek utama kes itu, yang telah didakwa di mahkamah, ialah seorang warga Australia yang tinggal di New Zealand, pendokong 'white supremacist'.
Topic Berkaitan
#Australia
#Christchurch
#masjid
#meninggal dunia
#New Zealand
#pengganas
#sembahyang jumaat
#Solat Jumaat
#Zaid Mustafa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan