Konflik sempadan: Thailand letak tiga syarat, Kemboja perlu isytihar gencatan senjata dulu

Menteri Luar Thailand, Sihasak Phuangketkeow hadir pada Mesyuarat Khas Menteri-menteri Luar ASEAN bagi membincangkan perkembangan terkini antara Kemboja dan Thailand, di Kuala Lumpur pada Isnin. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Thailand meletakkan tiga syarat utama kepada Kemboja dalam usaha mencapai keamanan di kedua-dua sempadan negara berkenaan.
Ringkasan AI
- Thailand meletakkan tiga syarat kepada Kemboja dalam usaha mencapai keamanan di sempadan kedua-dua negara.
- Syarat-syarat itu termasuk gencatan senjata yang tulen dan keikhlasan dalam kerjasama pembersihan periuk api atas dasar kemanusiaan.
- Kementerian Luar Thailand menegaskan komitmen terhadap keamanan, sambil menyeru Kemboja untuk tindakan konkrit demi keamanan yang berkekalan.
“Kedua, gencatan senjata tersebut mestilah bersifat tulen dan berterusan, serta disahkan oleh pihak ketenteraan berdasarkan keadaan sebenar di lapangan.
“Ketiga, Kemboja perlu menunjukkan keikhlasan dalam bekerjasama dengan Thailand dalam usaha pembersihan periuk api atas dasar kemanusiaan,” kata kementerian itu pada Isnin.
Kenyataan tersebut menyusul selepas Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Luar dan Pegawai Kanan ASEAN, bagi membincangkan situasi terkini Thailand dan Kemboja yang berlangsung di ibu negara hari ini.
Kementerian Luar Thailand menambah pendirian tersebut selaras dengan prinsip negara itu bahawa gencatan senjata tidak boleh dicapai daripada pengisytiharan unilateral semata-mata.
Sebaliknya, ia mesti disertai dengan kemahuan politik yang jelas supaya perbincangan ke arah gencatan senjata, benar-benar mencerminkan realiti di lapangan.
Selain itu, kementerian tersebut berkata Kerajaan Thailand turut menegaskan kesediaan untuk terlibat dalam perbincangan selanjutnya dengan mengambil kira kepentingan nasional, kedaulatan, dan keutuhan wilayah negara.
“Thailand kekal komited terhadap usaha mencapai keamanan, namun menegaskan bahawa keamanan yang mampan hanya dapat dicapai sekiranya disertai jaminan keselamatan dan perlindungan kepada rakyat Thailand.
“Dalam hal ini, Thailand berharap agar keikhlasan Kemboja dapat diterjemahkan melalui tindakan konkrit ke arah keamanan yang tulen dan berkekalan, dan bukan sekadar komitmen keamanan di atas kertas,” jelas Kementerian Luar itu.
Dalam masa sama, Thailand merakamkan penghargaan kepada Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN, kerana menganjurkan Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Luar ASEAN, hari ini.
Selain itu, Thailand mengucapkan terima kasih kepada Negara-Negara Anggota ASEAN atas niat baik, penglibatan yang konstruktif, serta hasrat yang kuat agar Thailand dan Kemboja kembali ke meja dialog, termasuk melalui mekanisme dua hala, dan mengambil langkah-langkah ke arah pemberhentian semua bentuk permusuhan.


Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

