SINGAPURA: Amerika Syarikat (AS) bersedia untuk bekerjasama dengan Indo-Pasifik bagi "membangun semula ke arah lebih baik" selepas COVID-19, dan bukan sekadar kembali kepada keadaan asal, kata Setiausaha Pertahanan Lloyd J. Austin III.
Dalam ucapannya di Institut Kajian Strategik Antarabangsa ke-40 di Singapura hari ini, Austin berkata perjuangan melawan COVID-19 mesti digandakan dan membangunkan masa depan lebih selamat, sihat, dan makmur.
"Kita mesti fokus pada asasnya ... segera bekerjasama untuk menangani krisis COVID dan memulihkan dinamisme ekonomi di rantau ini," katanya.
Tetapi pemulihan global memerlukan vaksinasi global, kata Austin, yang sedang mengadakan lawatan perkenalan di Singapura.
Beliau turut menekankan komitmen Presiden AS Joe Biden untuk menghantar lebih 500 juta dos vaksin di seluruh dunia tahun depan dan Indo-Pasifik menjadi keutamaan.
Dalam tempoh dua bulan, Austin berkata AS telah berkongsi sekitar 40 juta dos di seluruh rantau ini, termasuk Indonesia, Laos, Malaysia, Filipina, Korea Selatan, Taiwan, Thailand, dan Vietnam.
Menyentuh mengenai hubungan AS-China, Austin berkata sebagai Setiausaha Pertahanan beliau komited untuk menjalin hubungan yang stabil dengan China.
"Kami berharap kami dapat bekerjasama dengan Beijing untuk menghadapi cabaran bersama, terutama ancaman perubahan iklim," katanya.
Mengenai ASEAN, Austin berkata blok ini telah menunjukkan kemampuannya untuk menerajui isu-isu penting di rantau ini.
"Dan kami memuji ASEAN atas usahanya untuk mengakhiri keganasan tragis di Myanmar. Oleh itu, kami menggesa Myanmar untuk mematuhi Konsensus Lima Perkara yang dikemukakan ASEAN dan mewujudkan keamanan yang berkekalan," katanya.
Austin dijadual meneruskan lawatannya ke Vietnam dan Filipina.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 27 2021
AUSTIN: Kita mesti fokus pada asasnya ... segera bekerjasama untuk menangani krisis COVID dan memulihkan dinamisme ekonomi di rantau ini. -Gambar fail
Berakhirnya pemerintahan Baath Syria buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Erdogan mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Kesan kenaikan cukai import minyak sawit oleh India bersifat sementara - KPK
Kenaikan itu sebahagian daripada usaha India melindungi harga minyak tempatan dan menyokong industri pertanian domestiknya.
Ketiadaan akauntabiliti antarabangsa bolehkan Israel lakukan jenayah terhadap rakyat Palestin - PM Mustafa
Beliau berkata demikian semasa pertemuan dengan Wakil Khas Kesatuan Eropah untuk Proses Keamanan Asia Barat Sven Koopmans pada Rabu.
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
Komitmen terhadap rantau Indo-Pasifik kekal kukuh walau terdapat konflik - Setiausaha Pertahanan AS
Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat menegaskan komitmen teguh Amerika Syarikat terhadap rantau Indo-Pasifik walaupun terdapat konflik yang berterusan.
Dialog Shangri-La tiga hari bermula di Singapura
Singapura menganjurkan Dialog Shangri-La (SLD) ke-20 selama tiga hari dari Jumaat (2 Jun) hingga Ahad (4 Jun), menurut Kementerian Pertahanan (MINDEF) republik itu.
AS sedia bekerjasama bangunkan semula Indo-Pasifik pasca-COVID
Austin berkata perjuangan melawan COVID-19 mesti digandakan dan membangunkan masa depan lebih selamat, sihat, dan makmur.