awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
SHMMP: KPDN Pulau Pinang tempatkan 137 pegawai penguat kuasa, 60 pegawai pemantau
Tiga empangan di Pulau Pinang catat kapasiti lebih 90 peratus menjelang musim kering
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sekatan baharu EU ke Rusia liputi IT, khidmat undang-undang, kejuruteraan

Bernama
Bernama
06/10/2022
20:00 MYT
Sekatan baharu EU ke Rusia liputi IT, khidmat undang-undang, kejuruteraan
Lapan pakej sekatan Kesatuan Eropah (EU) terhadap Rusia melarang penyediaan khidmat teknologi maklumat (IT), kejuruteraan dan undang-undang kepada syarikat Rusia selain perkhidmatan aset kripto rakyat Rusia. - Gambar fail/BERNAMA
MOSCOW: Lapan pakej sekatan Kesatuan Eropah (EU) terhadap Rusia melarang penyediaan khidmat teknologi maklumat (IT), kejuruteraan dan undang-undang kepada syarikat Rusia selain perkhidmatan aset kripto rakyat Rusia, lapor Sputnik memetik Suruhanjaya Eropah pada Khamis.
"Pakej yang meluaskan skop perkhidmatan yang tidak lagi boleh diberikan kepada kerajaan Rusia atau pihak yang sah ditubuhkan di Rusia, kini termasuk perundingan IT, khidmat perundangan, seni bina dan perkhidmatan kejuruteraan," menurut kenyataan itu.
Pakej sekatan baharu itu juga meliputi larangan untuk memberi khidmat ke atas aset kripto rakyat dan penduduk Rusia.
"Larangan sedia ada ke atas aset kripto telah diperketat dengan mengharamkan semua akaun dompet kripto atau perkhidmatan penjagaan aset kripto tanpa mengira niilai dompet itu," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#sekatan
#Rusia
#Kesatuan Eropah
#EU
#Teknologi Maklumat
#kejuruteraan
#undang-undang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan