awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sukan SEA 2027: PKBM rancang program trek dengan negara Asia Tenggara
Pemimpin dunia kutuk sekeras-kerasnya serangan bom di masjid Islamabad
Johor bakal kaji semula potensi penggunaan air bawah tanah untuk pusat data - Exco
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sekatan ke UK: Warga Jerman terkandas selepas penerbangan dibatalkan

Agensi
Agensi
21/12/2020
12:45 MYT
Sekatan ke UK: Warga Jerman terkandas selepas penerbangan dibatalkan
Kerajaan Jerman sebelum ini memaklumkan, semua penerbangan dari Britain kecuali kargo tidak dibenarkan mendarat bermula tengah malam Ahad. Foto: AP
Pengembara yang mahu ke United Kingdom (UK) terkandas di Lapangan Terbang Brandenburg di Berlin pada Isnin, beberapa jam selepas Jerman mengumumkan larangan penerbangan dari Britain.
Kerajaan Jerman sebelum ini memaklumkan, semua penerbangan dari Britain kecuali kargo tidak dibenarkan mendarat bermula tengah malam Ahad.
Bagaimanapun, tempoh larangan tersebut tidak diperincikan.
Susulan itu, semua penerbangan ke UK dibatalkan dan ia menimbulkan reaksi bercampur baur dalam kalangan pengembara.
Ada yang mengeluh kerana tidak dapat meneruskan perjalanan ke UK, manakala ada yang menyatakan ia adalah keputusan terbaik bagi membendung penularan pandemik COVID-19.
Larangan tersebut menyusul selepas UK merekodkan varian baharu COVID-19 yang menular di London dan Tenggara England sehingga menyaksikan peningkatan kes secara mendadak.
Antara negara yang turut mengenakan larangan sama termasuk Perancis, Itali, Belanda, Belgium, Austria, Ireland dan Bulgaria.
BACA: COVID-19: Perancis umum larangan perjalanan dari UK
Pada Sabtu, Perdana Menteri Britain, Boris Johnson mengenakan sekatan koronavirus tahap baharu yang lebih ketat di London dan Tenggara England untuk membendung jangkitan yang merebak dengan cepat disebabkan oleh varian baharu virus.
Johnson mengatakan bahawa varian baharu itu 70 peratus lebih mudah tersebar daripada varian sedia ada.
Topic Berkaitan
#Britain
#London
#England
#United Kingdom
#Belgium
#COVID-19
#penerbangan
#Jerman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan