awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Muammar Gaddafi maut ditembak
Konsert langgar garis panduan Kelantan: Penganjur didenda, wang cagaran dirampas
Pelaksanaan DRG, pelaburan produk tempatan, MyDigital ID antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sekurang-kurangnya 40 orang dimasukkan ke hospital akibat keracunan makanan di Iraq

Bernama
Bernama
08/06/2025
03:10 MYT
Sekurang-kurangnya 40 orang dimasukkan ke hospital akibat keracunan makanan di Iraq
Direktorat Kesihatan wilayah Anbar berkata, mangsa dipercayai memakan daging tercemar yang dihidangkan di sebuah restoran makanan segera di bandar Fallujah, Iraq. - Gambar hiasan
BAGHDAD: Sekurang-kurangnya 40 orang dimasukkan ke hospital akibat disyaki mengalami keracunan makanan di bandar Fallujah, Iraq.
Kejadian itu mendorong pihak berkuasa menutup sebuah restoran makanan segera tempatan, lapor Xinhua memetik pegawai kesihatan pada Sabtu.
Direktorat Kesihatan wilayah Anbar berkata, mangsa dipercayai memakan daging tercemar yang dihidangkan di restoran berkenaan.
Amaran turut dikeluarkan bahawa jumlah kes mungkin meningkat susulan lebih ramai yang mendapatkan rawatan.
Pihak berkuasa merampas bahan makanan daripada premis itu untuk ujian makmal dan siasatan dijalankan bersama pasukan keselamatan tempatan.
"Jika keputusan ujian mengesahkan kelalaian atau pelanggaran peraturan kesihatan, tindakan undang-undang akan diambil terhadap premis berkenaan," menurut kenyataan itu.
Kejadian berlaku ketika umat Islam menyambut Hari Raya Aidiladha, antara perayaan terbesar yang diraikan di Iraq dan seluruh dunia Islam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#restoran
#keracunan makanan
#Iraq
#daging tercemar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami