awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sekurang-kurangnya lapan wartawan terbunuh dalam serangan Israel di Gaza

Bernama
Bernama
11/10/2023
09:04 MYT
Sekurang-kurangnya lapan wartawan terbunuh dalam serangan Israel di Gaza
Angka kematian rakyat Palestin di Gaza telah meningkat kepada 974 apabila tentera Israel menyerang ratusan sasaran di kawasan perumahan dan kawasan komersial. - Reuters
GAZA: Sekurang-kurangnya lapan wartawan terbunuh dan dua lagi hilang selepas serangan udara Israel ke atas Gaza, menurut pejabat akhbar Palestin pada Rabu, lapor agensi Anadolu.
Sementara itu, rumah tiga wartawan musnah dan sekurang-kurangnya 40 pejabat media dikatakan menjadi sasaran serangan udara.
Angka kematian rakyat Palestin di Gaza telah meningkat kepada 974 apabila tentera Israel menyerang ratusan sasaran di kawasan perumahan dan kawasan komersial, kata Kementerian Kesihatan pada Rabu.
Serangan itu juga mencederakan 5,000 orang.
Israel juga telah memotong bekalan air dan elektrik ke Gaza, memburukkan lagi keadaan kemanusiaan di kawasan itu.
Semenanjung Gaza yang mempunyai penduduk hampir 2.2 juta orang, bergolak ekoran pengepungan Israel sejak 2007.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Perang Palestin-Israel
#wartawan
#Gaza
#serangan udara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan