awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
Tindakan tegas terhadap kontraktor lewat siapkan projek KKR - Menteri
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sekurang-kurangnya tiga maut selatan Filipina dilanda gempa bumi

Agensi
Agensi
11/02/2017
01:43 MYT
Sekurang-kurangnya tiga maut selatan Filipina dilanda gempa bumi
Filipina terletak dalam zon Lingkaran Api Pasifik, iaitu kawasan yang cenderung terjadi gempa bumi dan letusan gunung berapi. - earthquake.usgs.gov
Selatan Filipina dilanda gempa bumi sekuat 6.5 magnitud pada Jumaat malam hingga mengorbankan sekurang-kurangnya tiga orang, selain meruntuhkan bangunan serta mencetus situasi panik.
AFP melaporkan, gempa bumi yang berpunca dari kedalaman 27 kilometer (km) tersebut melumpuhkan bekalan kuasa ke bandar Surigao, lebih 700km di tenggara Manila. Pihak bekuasa memaklumkan kemungkinan terdapat mangsa yang terperangkap di bawah bangunan.
Jabatan Seismologi Filipina mencatatkan kekuatan magnitud 6.7 dengan titik gempa di 14km di utara Surigao.
Pusat Amaran Tsunami Pasifik bagaimanapun memberitahu tiada ancaman tsunami, namun beberapa gempa susulan yang kecil dirasai.
Jabatan pertahanan awam mengeluarkan kenyataan bahawa sebuah jambatan telah runtuh selain sebuah bangunan dan beberapa buah kediaman.
“Ada laporan yang mengatakan beberapa mangsa terperangkap bawah runtuhan. Pasukan menyelamat kini sedang berusaha,” kata kenyataan itu.
Filipina terletak dalam zon Lingkaran Api Pasifik, iaitu kawasan yang cenderung terjadi gempa bumi dan letusan gunung berapi.
Kali terakhir negara itu dilanda gempa bumi adalah pada Oktober 2013 yang menyaksikan gegaran 7.1 magnitud mengorbankan ratusan nyawa selain memusnahkan banyak bangunan bersejarah.
Topic Berkaitan
#bangunan runtuh
#gempa bumi
#Lingkaran Api Pasifik
#SAR
#selatan Filipina
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan