awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Selatan Thailand: Tiga pemberontak maut, insiden berbalas tembakan

Agensi
Agensi
21/01/2023
09:55 MYT
Selatan Thailand: Tiga pemberontak maut, insiden berbalas tembakan
Insiden tembakan berlaku pada Jumaat ketika pihak polis dan tentera Thailand mendaki gunung di wilayah Narathiwat, sebelum terserempak dengan kumpulan pemisah yang bersenjata. - Foto fail/ REUTERS
SEKURANG-KURANGNYA tiga terbunuh dalam satu kejadian berbalas tembakan antara tentera kerajaan dan pemberontak pemisah di selatan Thailand yang bergolak.
Insiden tembakan berlaku pada Jumaat ketika pihak polis dan tentera Thailand mendaki gunung di wilayah Narathiwat, sebelum terserempak dengan kumpulan pemisah yang bersenjata,
Memetik laporan AFP, Ketua Polis tempatan, Suthon Sukwiset berkata kumpulan pemisah berkenaan terlebih dahulu melepaskan tembakan, memaksa pihak berkuasa membalas serangan mengakibatkan tiga orang maut.
Jelas beliau, pihak berkuasa turut merampas tiga senapang M16 dalam simpanan mereka.
Bagaimanapun, tiada anggota polis dan tentera yang mengalami kecederaan dalam operasi yang berlangsung hampir lima jam itu.
Konflik tahap rendah memuncak di wilayah paling selatan negara itu sejak 2004, membunuh lebih 7,000 orang ketika pemberontak di wilayah majoriti Islam itu berjuang untuk mendapatkan autonomi yang lebih besar daripada kerajaan.
Gerakan pemisah bersenjata itu menentang kerajaan Thailand, yang majoriti penduduknya merupakan penganut Buddha, sejak 1960-an.
Tuntutan utama gerakan itu ialah mendapatkan kemerdekaan bagi wilayah tersebut.
Topic Berkaitan
#selatan thailand
#pemberontak
#insiden tembakan
#Narathiwat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan