Pihak berkuasa Filipina menutup syarikat media terbesar negara itu, ABS-CBN sehari selepas lesen penyiaran yang diberikan pemerintah negara itu tamat.

Rangkaian stesen televisyen itu menghentian penyiaran pada Selasa malam.

Pesuruhjaya Telekomunikasi Nasional Filipina (NTC) mengarahkan ABS-CBN menghentikan penyiaran selepas 25 tahun kerana tidak mempunyai hak penyiaran seperti yang diperlukan undang-undang.

Saluran TV ABS-CBN ditonton kira-kira dua dari setiap lima warga Filipina, yang berpopulasi sekitar 40 juta penduduk.

Saluran TV ABS-CBN ditonton kira-kira dua dari setiap lima warga Filipina, yang berpopulasi sekitar 40 juta penduduk

Rangkaian itu juga mempunyai stesen radio popular - 25 peratus dari keseluruhan pasaran.

ABS-CBN juga mempunyai kira-kira 10,000 kakitangan.

Ramai di kalangan pembaca berita dan wartawan popular telah berkhidmat kepada negara itu sebagai naib presiden, senator, ahli kongres, gabenor dan juga datuk bandar.

Dalam pada itu, penduduk berpandangan, kerajaan seharusnya menuggu sehingga isu pandemik COVID-19 seleseia sebelum menutup stesen televisyen itu.

Katanya, dalam situasi kini, ramai yang akan terjejas kerana kehilangan pekerjaan.

“Kerajaan sepatutnya tunggu sehingga pendemik COVID-19 ini berakhir sebelum menetup ABS-CBN.

Dengan krisis yang dunia hadapi kini, pekerja-oekerja terjejas, lebih dari 1,000 kakitangan mereka kehilangan pekerjaan, “ ujar seorang guru, antara penonton setia rangkaian ABS-CBN.