awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UK gesa ibu bapa bincang bahaya kandungan toksik dalam talian dengan anak-anak
Trump bantah pengilhakan Israel ke atas Tebing Barat yang diduduki - White House
Savannah Guthrie rayu bantuan ketika tarikh akhir wang tebusan semakin hampir
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Selepas ancam penggal Messi dan Ronaldo, Daish kini sasar bos FIFA pula

Agensi
Agensi
19/05/2018
04:50 MYT
Selepas ancam penggal Messi dan Ronaldo, Daish kini sasar bos FIFA pula
Dunia digemparkan dengan propaganda terbaharu mereka yang mengancam untuk memenggal kepala bintang bola sepak dunia Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo. -Foto Daily Star
Ketika peminat sukan tidak sabar menantikan penganjuran temasya bola sepak dunia World Cup 2018 bulan depan di Rusia, muncul khabar tidak enak daripada sisi gelap di internet.
Dunia digemparkan dengan propaganda terbaharu oleh militan Daish yang mengancam untuk memenggal kepala bintang bola sepak dunia Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo.
Bukan itu saja, malah tular baru-baru ini ancaman terhadap ketua badan penyelia sukan terbesar dunia itu sendiri, Presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa FIFA, Gianni Infantino.
Firma perisikan siber Sixgill berkongsi muat naik terbaharu itu dalam entri yang dipetik daripada portal berita antarabangsa Daily Star Online.
Poster memaparkan imej ngeri tersebut tertera ayat “your blood will fill the ground” (darah anda akan memenuhi ruang padang).
Turut tertera pada poster berbeza, militan Daish memberi amaran "kami akan berada di sana" (we will be there) yang merujuk kepada kejohanan Piala Dunia FIFA 2018 Rusia.
Poster terbaharu itu memperlihatkan Infatino memakai baju banduan berwarna oren sambil berlutut dan dipersiap untuk menjalani hukuman. -Daily Star
Poster terbaharu itu memperlihatkan Infatino memakai baju banduan berwarna oren sambil berlutut dan dipersiap untuk menjalani hukuman. -Daily Star
Poster terbaharu itu memperlihatkan Infatino memakai baju banduan berwarna jingga sambil berlutut dan dipersiap untuk menjalani hukuman.
Berdiri di hadapannya adalah seorang anggota pengganas yang memegang senapang.
Pada poster tersebut disertakan bersama lambang kejohanan itu dan tertera tulisan “You will pay price our blood double” (Anda akan membayar hutang darah kami sekali ganda).
Selain memantau setiap pergerakan iklan pengganas, agensi risikan Sixgill turut memantau perbualan di platform media sosial dan laman web rahsia yang digelar 'Dark Web' .
Pakar keselamatan sebelum ini turut memberi amaran peningkatan perbualan media sosial yang menjurus kepada melancarkan serangan pada kejohanan berprestij dunia itu yang bakal bermula pada 14 Jun nanti.
Sebelum ini penganjur kejohanan Piala Dunia 2018, Rusia telah menggandakan operasi mereka bagi menjejaki kumpulan pengganas yang disyaki bakal melancarkan serangan pada kejohanan itu nanti.
Setakat ini seramai 20 anggota pengganas ditahan pihak berkuasa Rusia.
Peningkatan serangan Daish di Asia Barat juga menimbulkan kebimbangan pihak berkuasa yang khuatir serangan akan dilakukan terhadap penyokong pada kejohanan itu.
Topic Berkaitan
#Asia
#bola sepak
#Cristiano Ronaldo
#daish
#FIFA
#Gianni Infantino
#keselamatan
#Lionel Messi
#militan
#Piala Dunia
#Rusia
#serangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan