awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Juara Hoki Remaja MADANI berpeluang 'berguru' di Pakistan
Remaja lelaki 14 tahun maut jatuh lubang pembentung
Pejalan kaki maut dirempuh, diseret Myvi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Selepas berbulan senyap, ini reaksi pertama Daish berhubung tragedi serangan pengganas Christchurch

Agensi
Agensi
20/03/2019
03:13 MYT
Selepas berbulan senyap, ini reaksi pertama Daish berhubung tragedi serangan pengganas Christchurch
al-Muhajir turut menafikan dakwaan negara Barat bahawa kawasan di bawah kawalan Daish semakin lenyap akibat operasi tentera gabunAl-Muhajir merupakan antara individu yang paling sukar untuk dikesan. - Foto fail
Suara gerakan pengganas antarabangsa, Daish atau ISIS membuat kemunculan semula selepas senyap lebih enam bulan dengan memberikan reaksi pertama kepada serangan di dua masjid di Christchurch, New Zealand minggu lepas.
Memetik laporan The New York Times (NYTimes), jurucakap kumpulan itu, Abu Hassan al-Muhajir menyampaikan ucapannya dalam bentuk rakaman audio selama 44 minit yang disiarkan pada Isnin.
“Pembunuhan di kedua-dua masjid itu patut memberi kesedaran kepada mereka yang telah ditipu dan seharusnya mencetus semangat dalam kalangan penyokong Khalifah ini agar bangkit membalas dendam demi agama mereka,” kata al-Muhajir.
Al-Muhajir melihat serangan yang membunuh seramai 50 umat Islam ketika solat Jumaat itu sebagai satu kempen menentang Daish.
Dia turut menyamakan mangsa yang terkorban itu dengan mangsa yang diserang dalam pemusnahan kubu Daish yang terakhir di Syria baru-baru ini.
“Kita lihat (bandar) Baghuz di Syria, dimana umat Islam dibakar sehingga mati dan dibom dengan semua jenis senjata pemusnah besar-besaran,” katanya.
Walaupun menggambarkan penduduk di bandar Baghuz itu sebagai masyarakat Islam biasa, namun, anggota tentera gabungan yang membanteras operasi Daish percaya bahawa kebanyakan mangsa terkorban itu merupakan pejuang Daish ataupun ahli keluarga mereka.
Selain itu, al-Muhajir turut menafikan dakwaan negara Barat bahawa kawasan di bawah kawalan Daish semakin lenyap akibat operasi tentera gabungan di Syria.
Al-Muhajir merupakan antara individu yang paling sukar untuk dikesan.
Dia hanya pernah membuat dua ucapan dalam bentuk rakaman audio dengan yang terakhir pada September 2018.
5. Dont forget that it was the movements of one of Osama bin Ladens couriers, who came to bring him news of the outside world, that led to the raid in Abbotabad and the fall of al-Qaeda founder. But wherever hes holed up, Muhajir got news and details of the New Zealand attack.
— Rukmini Callimachi (@rcallimachi) March 19, 2019
Menurut wartawan NYTimes, Rukmini Callimachi, apa yang menarik perhatiannya adalah bagaimana al-Muhajir dapat mengetahui tentang serangan di Christchurch itu memandangkan penggunaan alat elektronik oleh pengganas Daish dikawal dengan ketat.
Perkara itu berlaku kerana mereka perlu elak dikesan sebagai mana Osama bin Laden berjaya dikesan oleh tentera AS melalui salah seorang penghantar maklumat yang membawa berita mengenai dunia luar kepadanya.
Oleh itu, al-Muhajir memberi pesanan yang katanya datang daripada ‘Khalifah’ kumpulan itu, Abu Bakr al-Baghdadi: “Satu nasihat daripada Khalifah bagi orang yang beriman: Berhati-hati dengan alat komunikasi - walaupun ia melambatkan kerja dari dua hari sehingga ke tujuh hari.”
Topic Berkaitan
#Al-Muhajir
#Al-Qaeda
#Christchurch
#Daesh
#daish
#ISIS
#New Zealand
#Osama bin Laden
#rakaman audio
#serangan pengganas Christchurch
#Syria
#Tragedi Christchurch
#Tragedi Solat Jumaat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan