awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Selepas melihat CCTV, kita tidak keseorangan' - Polis di Australia rakam objek seperti 'UFO'

Asyraf Roslan
Asyraf Roslan
18/02/2019
23:57 MYT
'Selepas melihat CCTV, kita tidak keseorangan' - Polis di Australia rakam objek seperti 'UFO'
Satu Imej objek pelik yang dipercayai UFO, ditangkap melalui CCTV oleh Polis Broome di Australia
MENGEJUTKAN!
Itu merupakan reaksi yang boleh digambarkan apabila melihat satu rakaman yang agak tidak masuk akal yang telah dikongsikan oleh polis dari Broome, Australia.
Rakaman yang dirakam melalui kamera litar tertutup (CCTV) tersebut menunjukkan satu objek seperti piring terbang atau Objek Terbang Tidak Dikenali (UFO) yang muncul semasa petir sedang sambar menyambar.
Dalam video yang berdurasi 12 saat itu, objek pelik tersebut muncul di langit semasa ribut dan objek kelihatan seperti terapung di udara sebelum hilang.
Menurut pihak polis Broome, selepas mereka lihat berulang kali video tersebut, mereka membuat satu kesimpulan.
"Selepas mengkaji semula CCTV di pantai bandar pada petang semalam, nampaknya kita sebenarnya tidak bersendirian (di dunia)," kata suapan Twitter rasmi polis itu, diikuti dengan rentetan emoji UFO.
After reviewing CCTV at town beach of last nights storm, it appears we were not alone pic.twitter.com/Efh6SuPX7S
— Broome Police (@BroomePol) February 17, 2019
Selepas video tersebut tular di Facebook dan twitter, ramai orang awam yang cuba menjelaskan kejadian tersebut sebagai satu fenomena yang sangat pelik.
Namun, ada terdapat pengguna twitter yang mengatakan imej tersebut berpunca daripada refleksi lampu kereta yang sedang berundur.
You know it's just light refraction from the reversing 4WD right?
— John thompson (@Johnthomp55) February 17, 2019
Nice optical effect. Of course it's just a typical lens flare caused by that vehicle's reversing light. pic.twitter.com/mzydDmnMo0
— ufoofinterest.org (@ufoofinterest) February 18, 20194WD starts leaving, and the object moves at the smae time. They could be Human! I chase reflections in my lens all the time. Got ya! :)
— Brad (@bradoutthere) February 18, 2019
ARTIKEL BERKAITAN: Tiada UFO di Kuala Krai - Polis
Topic Berkaitan
#Australia
#Broome Police
#CCTV
#Facebook
#pelik
#Rakaman CCTV
#Twitter
#UFO
#video
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan