Skip to main content

Malaysia

PM Anwar teroka kerjasama ekonomi digital, pelancongan bersama Ketua Menteri Keralam

KERALAM (INDIA), 14 Sept - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan Ketua Menteri Keralam V. D. Satheesan di Calicut, hari ini bagi membincangkan kerjasama dua hala antara Malaysia dengan Keralam. - fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA KERALAM (INDIA), Sept 14 - Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim meets Keralam Chief Minister V. D. Satheesan in Calicut today to discuss bilateral cooperation between Malaysia and Keralam. - fotoBERNAMA (2026)
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Menteri Keralam, V. D. Satheesan bagi membincangkan usaha memperkukuh kerjasama ekonomi dua hala. - Foto BERNAMA
Advertisement

KOZHIKODE: Malaysia dan negeri Keralam di India bersedia memperluas jaringan kerjasama strategik dalam pelbagai sektor bernilai tinggi, khususnya ekonomi digital, penjagaan kesihatan, dan pelancongan.

Hasrat tersebut dizahirkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mengadakan kunjungan hormat bersama Ketua Menteri Keralam, V. D. Satheesan, petang ini.

Pertemuan dua hala itu memberi tumpuan kepada usaha memudah cara dan memperkukuh aktiviti perdagangan serta pelaburan rentas sempadan antara komuniti perniagaan Malaysia dan Keralam.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan delegasi Malaysia, kedua-dua pemimpin turut meneroka peluang memperluas pertukaran rakyat dengan rakyat (people-to-people exchanges), rangkaian perniagaan dua hala, serta sektor pendidikan.

"Kerjasama lebih erat dalam ekonomi digital, penjagaan kesihatan, pelancongan, pendidikan serta sektor-sektor bernilai tinggi mampu memberi limpahan manfaat ekonomi secara langsung kepada kedua-dua pihak," menurut kenyataan itu lagi

Sempena pertemuan penuh bermakna itu, Perdana Menteri turut menyampaikan jemputan rasmi kepada Satheesan untuk mengadakan lawatan ke Malaysia bagi mempererat hubungan persahabatan serta mempercepat pelaksanaan inisiatif yang dipersetujui.

Sesi libat urus berkenaan melengkapkan siri lawatan kerja Perdana Menteri di India, sebelum beliau dijadual berlepas ke Malé pada jam 6.15 malam waktu tempatan bagi memulakan lawatan rasmi ke Republik Maldives.

Must Watch Video

Advertisement