awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis minta bantuan kesan remaja lelaki hilang di Sungai Buloh
Lawatan Modi ke Malaysia dilihat peluang luaskan perdagangan, kerjasama serantau
Rumah bekas Presiden Korea Selatan Park Geun‑hye disita akibat hutang tertunggak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Selepas tiga minggu, mayat budak lelaki dalam lubang dikeluarkan

Astro Awani
Astro Awani
20/01/2023
09:20 MYT
Selepas tiga minggu, mayat budak lelaki dalam lubang dikeluarkan
Pada 31 Disember lalu, Nam terjatuh ke dalam tiang seluas 25 sentimeter dan sedalam 35 meter yang menjadi sebahagian daripada bahan binaan jambatan baharu, ketika sedang mencari besi buruk.- Foto REUTERS
MAYAT seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun yang terperangkap dalam lubang tiang konkrit di sebuah tapak pembinaan sejak tiga minggu lalu berjaya dikeluarkan.
Menurut laporan agensi berita antarabangsa, pasukan penyelamat Vietnam membawa keluar mangsa, Thai Ly Hao Nam pada Jumaat pagi, selepas memasuki ke kedalaman 25 meter.
Pasukan penyelamat terpaksa menggunakan peralatan khas untuk membawa mayat kanak-kanak malang itu ke atas.
Naib pengerusi jawatankuasa wilayah Dong Thap, Doan Tan Buu, berkata proses menyelamat mengambil masa yang lama.
Bagaimanapun, mayat kanak-kanak lelaki itu masih dalam keadaan baik kerana terdapat tanah di sekeliling tiang tersebut.
Difahamkan, Mayat Nam telah dituntut oleh keluarganya untuk disemadikan.
Pada 31 Disember lalu, Nam terjatuh ke dalam tiang seluas 25 sentimeter dan sedalam 35 meter yang menjadi sebahagian daripada bahan binaan jambatan baharu, ketika sedang mencari besi buruk.
Ratusan penyelamat, termasuk tentera dan pakar kejuruteraan, dikerah ke lokasi kejadian di wilayah Dong Thap di Delta Mekong.
Empat hari selepas terjatuh, pihak berkuasa mengisytiharkan kanak-kanak itu meninggal dunia.
Topic Berkaitan
#Kanak-kanak terperangkap
#Thai Ly Hao Nam meninggal dunia
#pasukan penyelamat
#Vietnam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan