LONDON: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menegaskan, penyebaran virus influenza H5N1 atau selesema burung kepada haiwan mamalia perlu dipantau.

Namun agensi kesihatan PBB itu berkata, risiko penyebaran selesema burung kepada manusia kekal rendah setakat ini.

Menurut Ketua Pengarah WHO, Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus, H5N1 telah merebak dalam kalangan unggas dan burung liar selama 25 tahun.

Bagaimanapun katanya, terdapat laporan baru-baru ini mengenai jangkitan kepada cerpelai, memerang dan anjing laut.

Perkara itu katanya perlu dipantau dengan teliti.

Namun setakat ini risiko kepada manusia kekal rendah sejak virus itu muncul pada tahun 1996.

Dr Tedros tetap memberi amaran semua pihak tidak boleh menganggap perkara itu akan kekal dan perlu bersedia untuk sebarang perubahan.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya tidak menyentuh haiwan liar yang mati atau sakit dan sebaliknya melaporkannya kepada pihak berkuasa tempatan.

WHO juga mengesyorkan pengukuhan pengawasan dalam tetapan di mana manusia dan haiwan berinteraksi.

Badan kesihatan dunia itu juga terus akan berhubung dengan pengeluar untuk memastikan bekalan vaksin dan antivirus tersedia untuk kegunaan global.