awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Selesema burung: Siasatan dilakukan di kawasan rumah mangsa

Astro Awani
Astro Awani
26/03/2023
23:15 MYT
Selesema burung: Siasatan dilakukan di kawasan rumah mangsa
Sepasukan pegawai kesihatan akan berada di lokasi selama 10 hari bagi memantau kesihatan penduduk dan ternakan mereka. - Foto AP
PREY VENG: Siasatan dilakukan di Kemboja susulan kematian melibatkan seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun yang dijangkiti selesema burung.
Pada Sabtu, pegawai kesihatan tempatan, kakitangan serta wakil dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) tiba ke kampung yang terjejas di wilayah tenggara Prey Veng.
Pekerja kesihatan juga membersihkan kawasan rumah mangsa.
Jurucakap Kementerian Kesihatan Ly Sovann memberitahu bahawa sepasukan pegawai kesihatan akan berada di lokasi selama 10 hari bagi memantau kesihatan penduduk dan ternakan mereka.
Kanak-kanak itu meninggal dunia pada Rabu di sebuah hospital di ibu negara, Phnom Penh, sejurus selepas ujian mengesahkan dia menghidap selesema burung jenis a H5N1.
Dia telah jatuh sakit pada 16 Februari dan apabila keadaannya merosot dia dihantar ke hospital dengan demam setinggi 39 darjah Celsius diikuti dengan batuk dan sakit tekak.
Bapa kanak-kanak perempuan itu disahkan positif virus itu tetapi setakat ini tidak menunjukkan sebarang gejala.
Selesema burung biasanya merebak dari ayam-ayam yang sakit dan juga boleh merebak dari ayam kepada manusia.
Pengesanan jangkitan baru-baru ini dalam pelbagai mamalia, termasuk di ladang cerpelai yang besar di Sepanyol, telah menimbulkan kebimbangan dalam kalangan pakar bahawa virus itu boleh berkembang untuk merebak dengan lebih mudah antara manusia dan berpotensi mencetuskan wabak.
Topic Berkaitan
#selesema burung
#kematian
#WHO
#Kanak-kanak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan