awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelakon Pablo Amirul dan Dr Hana kini sah suami isteri
China laksana hukuman mati terhadap empat lagi anggota mafia Myanmar
Kakak bomba antara barisan hadapan operasi kebakaran tanah gambut di Simpang Renggam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sembilan maut akibat tertimbus ketika menggali emas di lombong

Agensi
Agensi
19/04/2020
09:28 MYT
Sembilan maut akibat tertimbus ketika menggali emas di lombong
Operasi mencari dan menyelamat turut berdepan kesukaran memandangkan keadaan cuaca hujan. - Gambar REUTERS
Sekurang-kurangnya sembilan terbunuh dalam kejadian tanah runtuh di sebuah lombong emas haram di wilayah Sumatera Barat, Indonesia pada Sabtu.
Jurucakap Firdaus Firman berkata, insiden tersebut berlaku ketika 12 individu sedang menggali emas di lombong terbiar berkenaan.
Katanya, dalam kejadian tersebut, lapan lelaki dan seorang wanita telah turun untuk menggali emas sebelum tertimbus akibat tanah runtuh.
Saksi kejadian kemudian melaporkan kemalangan terbabit kepada pihak berkuasa tempatan.
Difahamkan, mangsa yang merupakan petani melakukan operasi menggali emas tanpa sebarang peralatan perlindungan diri.
Operasi mencari dan menyelamat turut berdepan kesukaran memandangkan keadaan cuaca hujan.
Bagaimanapun, menurut Firdaus, kesemua mayat mangsa berjaya dibawa keluar pagi tadi.
Setakat ini, katanya punca kejadian masih dalam siasatan.
Topic Berkaitan
#Firdaus Firman
#gali emas
#Indonesia
#lombong
#lombong emas
#Sumatera Barat
#tanah runtuh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan