Skip to main content

Dunia

Sembilan maut dilanggar remaja 13 tahun

81647122216_TBGENERICKEMALANGAN.jpg
HOUSTON: Seramai sembilan orang maut selepas seorang remaja lelaki berusia 13 tahun yang memandu sebuah trak pikap berlanggar dengan van membawa pasukan golf dari sebuah universiti di barat Texas.

Menurut polis, enam mangsa dari Universiti Southwest dilaporkan terbunuh bersama jurulatih mereka dalam kejadian yang berlaku pada Rabu malam.

Budak lelaki dan ayahnya berusia 38 tahun berada dalam trak pikap itu turut maut dalam nahas berlaku di Andrews, Texas.

Polis menambah, kedua-dua kenderaan terbakar selepas kemalangan. - Agensi


*Berita asal di Sinar Harian 


Advertisement

Must Watch Video