awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Russell Brand berdepan dua pertuduhan baharu rogol, serangan seksual di UK
Mesir pasang semula bot purba Firaun di muzium baharu
Bergaduh: Tiga sekeluarga, seorang artis Singapura didakwa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sembilan petugas perubatan cedera dalam serangan ke atas hospital Lubnan

Bernama
Bernama
05/10/2024
04:15 MYT
Sembilan petugas perubatan cedera dalam serangan ke atas hospital Lubnan
Tentera Israel menyerang kawasan berhampiran dan halaman hospital dengan sekurang-kurangnya empat tembakan meriam. - Foto REUTERS
BEIRUT: Sembilan jururawat dan petugas kesihatan cedera pada Jumaat dalam serangan Israel ke atas kawasan hospital di selatan Lubnan.
Hospital Salah Ghandour di bandar Bint Jbeil menjadi sasaran Zionis selepas menerima amaran untuk mengosongkan premis," yang menyebabkan kecederaan kepada kakitangannya, lapor Agensi Anadolu.
Pengurusan hospital terpaksa memindahkan petugas perubatan dan pesakit.
[LAPOR LANGSUNG] Tiga hospital di Lubnan henti operasi, rosak akibat serangan Israel
Tentera Israel menyerang kawasan berhampiran dan halaman hospital dengan sekurang-kurangnya empat tembakan meriam, lapor Agensi Berita Lubnan, NNA.
Agensi itu turut melaporkan bahawa kesemua kakitangan hospital awam Marjayoun di selatan Lubnan dipindahkan, menyebabkan hospital itu tidak lagi beroperasi selepas menerima ancaman Israel.
Konflik di Semenanjung Gaza merebak ke Lubnan apabila Israel melancarkan serangan maut ke seluruh negara itu akhir bulan lalu, mengorbankan lebih 1,100 mangsa dan menyebabkan puluhan ribu hilang tempat tinggal.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#petugas perubatan
#cedera
#serangan
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan