awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UNICEF salur bantuan EUR2.7 juta untuk kanak-kanak di Syria
Transformasi digital asas kesediaan Pulau Pinang jadi pangkalan utama - SPPP
Kerajaan Perancis berdepan lagi undi tidak percaya
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sempadan Rafah masih dibuka untuk penghantaran bantuan, penumpang, kata sumber Mesir

Bernama
Bernama
06/05/2024
15:30 MYT
Sempadan Rafah masih dibuka untuk penghantaran bantuan, penumpang, kata sumber Mesir
Sempadan Rafah yang menghubungkan Gaza dengan Mesir masih dibuka untuk laluan penghantaran bantuan kemanusiaan dan penumpang, kata sumber dari Mesir dan pihak berkuasa sempadan di Gaza pada Isnin. - Gambar fail/REUTERS
SINAI (Mesir): Sempadan Rafah yang menghubungkan Gaza dengan Mesir masih dibuka untuk laluan penghantaran bantuan kemanusiaan dan penumpang, kata sumber dari Mesir dan pihak berkuasa sempadan di Gaza pada Isnin, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Maklumat diperoleh setelah Israel memulakan langkah untuk mengosongkan Bandar Rafah di selatan Gaza, yang bersempadan dengan Mesir, menjelang operasi ketenteraan Israel yang dijangka dilaksanakan di sana.
Seorang sumber keselamatan Mesir menafikan laporan Mesir menutup laluan sempadan, sambil menambah trak bantuan kemanusian telah menyeberang masuk ke Gaza.
"Kerja-kerja masih berjalan di laluan Rafah, dan pintu pagar sempadan Mesir telah dibuka untuk bas penumpang," kata pihak berkuasa sempadan di Gaza dalam satu kenyataan.
Seorang pegawai bulan sabit merah berkata 40 trak membawa bantuan kemanusiaan dan ubat-ubatan telah menyeberangi sempadan setakat ini sementara 250 lagi trak sedang dipersiapkan.
Lebih daripada 1,000 orang telah menyeberang dari Gaza ke Mesir, termasuk 800 orang Palestin selain warga Mesir dan negara lain kata organisasi itu sambil menambah 25 pekerja bantuan kemanusiaan telah menyeberang masuk ke Gaza.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#sempadan Rafah
#Gaza
#Mesir
#penghantaran bantuan kemanusiaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan