Skip to main content

Dunia

Semua pangkalan AS 'sasaran sah' jika terus langgar gencatan senjata - Iran

FILE PHOTO: U.S. and Iranian flags are seen in this illustration taken March 23, 2026. REUTERS/Dado Ruvic/Illustration/File Photo
Menurut tentera Iran, serangan itu dilakukan sebagai tindak balas kepada "pencerobohan AS terhadap kawasan tentera dan awam di bahagian selatan negara itu" dan pelanggaran 14 artikel perjanjian gencatan senjata. -Gambar fail/Reuters
Advertisement

ISTANBUL: Pangkalan tentera Amerika Syarikat (AS) di seluruh rantau  akan menjadi "sasaran sah" untuk dron tentera Iran jika Washington terus melanggar perjanjian gencatan senjata, kata angkatan itu pada Rabu, lapor Anadolu Ajansi (AA), memetik media negara Iran.

Dalam satu kenyataan yang disiarkan oleh penyiar negara IRIB, tentera Iran berkata ia telah menyasarkan apa yang disifatkannya sebagai pusat pengumpulan tentera AS di Pangkalan Udara Sheikh Isa di Bahrain awal Rabu.

Menurut tentera Iran, serangan itu dilakukan sebagai tindak balas kepada "pencerobohan AS terhadap kawasan tentera dan awam di bahagian selatan negara itu" dan pelanggaran 14 artikel perjanjian gencatan senjata.

“Akibat berulang kali dan terang-terangan melanggar gencatan senjata dengan penjenayah Amerika, ialah semua pangkalan AS di rantau ini akan menjadi sasaran sah untuk dron tentera,” menurut kenyataan itu.

Terdahulu, Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) berkata ia telah melancarkan operasi peluru berpandu dan dron yang menyasarkan 85 pangkalan tentera AS, termasuk Pelabuhan Salman, ibu pejabat Armada Kelima Tentera Laut AS di Bahrain dan Pangkalan Udara Ali Al-Salem di Kuwait, menurut agensi berita separuh rasmi Tasnim.

Menurut Kementerian Pertahanan Kuwait, pertahanan udaranya memintas peluru berpandu dan dron pada Rabu, manakala siren serangan udara berbunyi di Bahrain.

Sementara itu, tentera AS berkata ia telah melancarkan siri serangan baharu ke atas Iran, mencecah lebih 80 sasaran sebagai tindak balas kepada serangan terkini Iran ke atas kapal komersial yang transit di Selat Hormuz.

Serangan itu dilakukan "sebagai tindak balas segera terhadap serangan Iran ke atas kapal komersial yang transit di Selat Hormuz," kata Komando Pusat AS (CENTCOM) dalam satu kenyataan.

- BERNAMA-ANADOLU

 

Must Watch Video

Advertisement