awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Microsoft akan menyelesaikan pelbagai masalah Windows 11 sepanjang 2026
Pelajar lelaki dipukul dipercayai akibat insiden kelucahan melampau
Mahkamah Tinggi tolak permohonan peguam Albert Tei cabar arahan SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Senat Amerika tolak tarif Trump terhadap Kanada

Bernama
Bernama
30/10/2025
03:55 MYT
Senat Amerika tolak tarif Trump terhadap Kanada
Langkah terbabit dijangka berdepan halangan di Dewan Perwakilan yang dikuasai Republikan, yang berusaha menyekat sebarang percubaan untuk membatalkan dasar tarif Trump. -Gambar fail/Reuters
ISTANBUL: Senat Amerika Syarikat (AS) pada Rabu meluluskan satu resolusi bersama yang bertujuan menolak pelaksanaan tarif oleh Presiden Donald Trump terhadap Kanada, lapor Anadolu Ajansi.

Ringkasan AI
  • Senat AS meluluskan Resolusi Bersama S.J. 77 dengan undian 50-46 bagi menolak pelaksanaan tarif terhadap Kanada yang dikenakan oleh Presiden Donald Trump melalui pengisytiharan darurat nasional.
  • Empat senator Republikan menyokong resolusi bersama parti Demokrat, termasuk Rand Paul, Lisa Murkowski, Susan Collins dan Mitch McConnell, yang sebelum ini turut menentang tarif terhadap Kanada.
  • Senat turut meluluskan resolusi menamatkan tarif terhadap barangan Brazil, namun langkah ini dijangka berdepan halangan di Dewan Perwakilan yang dikuasai Republikan dan menyokong dasar tarif Trump.

Dengan undian 50 menyokong berbanding 46 menentang, Senat meluluskan Resolusi Bersama S.J. 77, sekali gus menamatkan pengisytiharan darurat nasional yang digunakan bagi mengenakan cukai ke atas import dari Kanada.
Empat senator Republikan iaitu Rand Paul, Lisa Murkowski, Susan Collins dan Mitch McConnell mengundi bersama parti Demokrat menyokong langkah itu.
Keempat-empat mereka sebelum ini juga menyokong usaha untuk menyekat tarif terhadap Kanada pada April lalu.
Selain itu, Senat turut meluluskan resolusi bagi menamatkan tarif Trump terhadap barangan Brazil termasuk minyak, kopi dan daging lembu pada Selasa.
Meskipun diluluskan di Senat, langkah terbabit dijangka berdepan halangan di Dewan Perwakilan yang dikuasai Republikan, yang berusaha menyekat sebarang percubaan untuk membatalkan dasar tarif Trump.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Donald Trump
#Amerika Syarikat
#tarif AS
#Kanada
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan