awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bekas PAT hadapi empat pertuduhan, nekad bersihkan nama - Peguam
Cabaran Rachel pada ToC 2026 berakhir awal
Kertas Putih MHIT mampu pertingkat akses bagi penjagaan kesihatan - CIMB Securities
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Senator kanan Australia cetus kemarahan selepas pakai burqa di Parlimen

Astro Awani
Astro Awani
24/11/2025
23:50 MYT
Senator kanan Australia cetus kemarahan selepas pakai burqa di Parlimen
Ketua Parti One Nation, Pauline Hanson, mengenakan burqa ketika berada di dewan Senat di Bangunan Parlimen, Canberra. - Foto AP
CANBERRA: Tindakan seorang senator kanan Australia, Pauline Hanson, yang memakai burqa ketika menghadiri sidang Parlimen pada Isnin mencetuskan kemarahan dalam kalangan ahli politik dan masyarakat umum, khususnya komuniti Muslim.

Ringkasan AI
  • Senator Australia, Pauline Hanson, memakai burqa dalam sidang Parlimen, menimbulkan kontroversi di kalangan ahli politik dan masyarakat, terutamanya golongan Muslim.
  • Tindakan Hanson, yang mewakili Parti One Nation dengan agenda anti-imigrasi, berusaha untuk larang pemakaian penutup muka penuh, namun usahanya ditolak sebelum dia memakai burqa.
  • Kehadiran Hanson dalam burqa menyebabkan kekecohan, memaksa penangguhan sidang; senator Muslim mengecam tindakan itu sebagai rasis dan kurang menghormati agama.

Hanson, yang mewakili Parti One Nation dan terkenal dengan retorik anti-imigrasi, mengenakan burqa sebagai sebahagian daripada kempen berterusannya untuk mengharamkan pemakaian penutup muka penuh di tempat awam.
Tindakan itu dilakukan sejurus selepas usahanya untuk membentangkan rang undang-undang larangan burqa ditolak oleh Dewan Senat.
Kehadirannya ke dewan dengan memakai burqa menyebabkan kekecohan, sehingga menyebabkan sidang Parlimen terpaksa digantung sementara.
Hanson enggan menanggalkan pakaian tersebut walaupun diminta berbuat demikian oleh Speaker Dewan.
Senator Muslim, termasuk Mehreen Faruqi dari Parti Greens dan Fatima Payman yang bertanding sebagai calon bebas, mengecam tindakan itu sebagai rasis dan tidak menghormati kepercayaan agama.
“Ini adalah tindakan rasis yang terang-terangan,” kata Faruqi dalam kenyataan media.
Ini bukan kali pertama Hanson menggunakan burqa sebagai alat politik.
Pada tahun-tahun sebelumnya, beliau pernah melakukan aksi serupa dalam usaha menimbulkan perdebatan mengenai larangan pakaian keagamaan di ruang awam.
Tindakan tersebut menerima kecaman meluas daripada pelbagai pihak yang menyifatkannya sebagai tidak sensitif, memecahbelahkan masyarakat, dan mencemarkan institusi Parlimen.
Topic Berkaitan
#burqa
#Pauline Hanson
#Parlimen
#rasis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan