awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
Perselisihan faham dengan kelab, Ronaldo tidak beraksi untuk Al Nassr
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Senjata diguna dalam pembunuhan Charlie Kirk ditemukan - FBI

Astro Awani
Astro Awani
12/09/2025
08:50 MYT
Senjata diguna dalam pembunuhan Charlie Kirk ditemukan - FBI
Senjata jenis Mauser .30-06 ditemukan di kawasan berhutan, namun suspek pembunuhan Kirk (foto kecil) masih belum dikenal pasti. -Gambar fail/AP
OREM: Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat mengesahkan senjata api dipercayai digunakan dalam pembunuhan aktivis konservatif Charlie Kirk berjaya ditemukan di kawasan berhutan berhampiran kampus Utah Valley University.

Ringkasan AI
  • Charlie Kirk maut ditembak semasa debat di Utah Valley University, dengan peluru dipercayai mengandungi ukiran ideologi tertentu.
  • Senjata jenis Mauser .30-06 ditemukan di kawasan berhutan, namun suspek masih belum dikenal pasti.
  • FBI tawarkan ganjaran AS$100,000 untuk maklumat, sementara Presiden Trump umum anugerah anumerta Pingat Kebebasan Presiden kepada Kirk.

Senjata tersebut dikenal pasti sebagai senapang bolt-action berkuasa tinggi jenis Mauser kaliber .30-06, dan ditemui dibalut dengan tuala bersama tiga peluru yang belum digunakan.
Menurut laporan forensik awal, peluru tersebut dipercayai mempunyai ukiran berkaitan ideologi transgender dan antifasis, namun FBI menegaskan siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengesahkan maklumat tersebut.
Charlie Kirk, 31, pengasas Turning Point USA dan sekutu rapat Presiden Donald Trump, ditembak di leher ketika menjawab soalan semasa sesi debat terbuka di kampus berkenaan pada 10 September.
Dia disahkan meninggal dunia di hospital beberapa jam kemudian.
Rakaman video menunjukkan penembak dipercayai berada di atas bumbung bangunan sebelum melepaskan satu das tembakan dari jarak kira-kira 150 hingga 200 meter.
Suspek kemudian dilihat melarikan diri ke kawasan kejiranan berhampiran dan masih belum dikenal pasti.
FBI telah mengeluarkan dua gambar individu yang dikategorikan sebagai orang berkepentingan dan menawarkan ganjaran sebanyak AS$100,000 kepada sesiapa yang dapat memberikan maklumat yang membawa kepada penangkapan suspek.
Presiden Trump menyifatkan pembunuhan itu sebagai serangan terhadap demokrasi dan mengumumkan bahawa Charlie Kirk akan dianugerahkan Pingat Kebebasan Presiden secara anumerta sebagai penghormatan atas sumbangannya kepada gerakan konservatif belia.
Topic Berkaitan
#Charlie Kirk
#Utah Valley University
#senjata ditemukan
#tembakan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan