NEW YORK: Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) menetapkan dua hari untuk mengadakan dialog interaktif bersama calon Setiausaha Agung PBB yang seterusnya, menurut laman sesawang PBB pada Isnin, lapor Xinhua.
Dalam surat kepada semua negara anggota PBB, Presiden UNGA Annalena Baerbock menggariskan jadual dialog itu yang akan berlangsung pada 21 dan 22 April, dengan setiap calon diberi peruntukan masa selama tiga jam.
Advertisement
Setakat ini, empat calon berada dalam saingan untuk menerajui PBB, iaitu bekas Presiden Chile, Michelle Bachelet yang dicalonkan Brazil dan Mexico; Ketua Pengarah Agensi Tenaga Atom Antarabangsa, Rafael Grossi yang dicalonkan Argentina; bekas Presiden Senegal, Macky Sall yang dicalonkan Burundi; serta ahli ekonomi dan bekas Naib Presiden Costa Rica, Rebeca Grynspan yang dicalonkan negaranya sendiri.
Antonio Guterres, Setiausaha Agung PBB semasa dan kesembilan, mula memegang jawatan pada Januari 2017.
Penggantinya dijadual mengambil alih jawatan berkenaan pada 1 Jan 2027.
-- BERNAMA-XINHUA