awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bot persiaran karam, lima kru terselamat 17 jam terapung di laut
VM2026: Duta AS cadang pelancong Amerika kenali Malaysia lebih dekat
Alpha teruja jayakan 'Assalamualaikum Terengganu'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Seorang lagi ahli politik Equador maut ditembak menjelang pilihan raya

Bernama
Bernama
16/08/2023
13:55 MYT
Seorang lagi ahli politik Equador maut ditembak menjelang pilihan raya
Pedro Briones dari parti Revolucion Ciudadana (Revolusi Sivik) ditembak mati pada Isnin di bandar pantai Esmeraldas. - Gambar fail/Sinar Harian
BUENOS AIRES: Kurang seminggu sejak calon presiden Ecuador, Fernando Villavicencio ditembak mati ketika berkempen di Quito, seorang lagi ahli politik menerima nasib yang sama di barat laut negara itu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Pedro Briones dari parti Revolucion Ciudadana (Revolusi Sivik) ditembak mati pada Isnin di bandar pantai Esmeraldas.
"Ecuador sedang berdepan zaman paling berdarah dalam sejarah. Kerajaan yang tidak cekap telah diambil alih oleh mafia," menurut hantaran calon presiden parti Luisa Gonzalez di platform X (Twitter).
"Tanda solidariti saya ditujukan kepada keluarga Komrad Pedro Briones, mangsa keganasan. Perubahan amat diperlukan," tambah Gonzalez.
Rabu lalu, calon pembangkang Villavicencio ditembak mati selepas berkempen bagi pilihan raya di Quito. Kerajaan menyalahkan organisasi jenayah terancang.
Villavicencio sebelum ini mengumumkan tindakan keras terhadap rasuah dan jenayah.
Dalam tempoh beberapa minggu kebelakangan ini, datuk bandar pelabuhan Manta dan calon untuk kerusi di Dewan Negara di Esmeraldas juga ditembak mati.
Rakyat Ecuador akan memilih presiden baharu pada Ahad.
Presiden konservatif Guillermo Lasso membubarkan Dewan Negara di tengah-tengah prosiding pemecatan terhadapnya kerana dakwaan penyelewengan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ditembak mati
#prosiding pemecatan
#dakwaan penyelewengan
#tindakan keras
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan