awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
Wanita 'terkandas' di KLIA diserah ke Hospital Kajang, miliki kad mental
HTC sasar lancar kaca mata pintar VIVE Eagle di Asia Tenggara awal 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Seorang lagi pendaki hilang di Everest

Sinar Harian
Sinar Harian
26/05/2023
02:15 MYT
Seorang lagi pendaki hilang di Everest
Pendaki solo Hungary, Suhajda Szilard dilaporkan hilang semasa berada di laluan tirus Hillary Step. - Agensi
KATHMANDU : Seorang pendaki solo warga Hungary dilaporkan hilang selepas terputus hubungan ketika berada di laluan tirus Hillary Step yang terletak antara South Col dan puncak Gunung Everest.
Menurut penganjur ekspedisi, Suhajda Szilard gagal dikesan sejak Rabu dan dipercayai cuba menawan puncak tertinggi dunia itu secara bersendirian tanpa bekalan oksigen dan bantuan malim gunung.
"Lokasi terakhirnya adalah di Hillary step pada ketinggian 8,700 meter berdasarkan isyarat GPS (penentu kedudukan sejagat) dan tiada lagi isyarat selepas itu," kata Pengurus Besar Seven Summit Treks, Thaneswar Guragai.
Tambah Guragai, pada musim pendakian lalu, Szilard telah melakukan pendakian gaya alpine yang memerlukan peralatan teknikal di Gunung Lhotse, Gunung K2 dan Broad Peak.
"Cuma kali ini dia meminta sedikit bantuan terutama apabila berada di EBC (Base Camp Gunung Everest)," ujarnya.
Guragai memaklumkan usaha sedang giat dijalankan bagi mengesan kedudukan Szilard namun cuaca buruk telah menjejaskan usaha operasi dan menyelamat (SAR). - Agensi
* Artikel asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Gunung Everest
#pendaki hilang
#pendaki Hungary
#pendaki meninggal dunia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan