awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Harga emas, perak dijangka terus meningkat di sebalik ketidaktentuan jangka pendek - MGA
Pembangunan Dasar Halal Negara pada fasa akhir, dijangka siap Mei ini - Fadillah
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Seorang maut, 20 dikhuatiri terperangkap dalam terowong selepas tanah runtuh di Jepun

Bernama
Bernama
21/09/2024
15:33 MYT
Seorang maut, 20 dikhuatiri terperangkap dalam terowong selepas tanah runtuh di Jepun
Pihak berkuasa tempatan berkata lebih 10 orang dilaporkan hilang di Wajima selepas hujan lebat melanda wilayah Ishikawa. - AP
TOKYO: Seorang maut dan 20 lagi dikhuatiri terperangkap dalam sebuah terowong selepas tanah runtuh akibat hujan lebat di Wilayah Ishikawa, Jepun, lapor Sputnik memetik agensi berita Kyodo pada Sabtu.
Terowong di bandar pesisir Wajima itu mengalami kerosakan dalam gempa bumi 1 Januari lepas yang memusnahkan Wajima dan kawasan berhampiran Suzu.
Pihak berkuasa tempatan dipetik oleh Kyodo berkata lebih 10 orang dilaporkan hilang di Wajima selepas hujan lebat melanda wilayah itu. Kira-kira 44,500 penduduk di Wajima, Suzu dan Noto telah diarahkan untuk berpindah.
Hujan lebih 299.7 milimiter (MM) direkodkan di Wajima dalam tempoh 24 jam, memecahkan rekod 49 tahun, lapor penyiar NHK. Suzu pula mencatatkan hujan lebih 198mm. Hujan turut menyebabkan 16 sungai di Wilayah Ishikawa melimpah keluar dari tebing.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#hujan lebat
#tanah runtuh
#mangsa korban
#Ishikawa
#Jepun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan