ISTANBUL: Sekurang-kurangnya seorang terbunuh, tujuh cedera dan hampir 200 yang lain terkandas dalam kabin di udara apabila tiang yang menyokong kereta kabel tumbang di Antalya, Turki pada Jumaat.
Imej di media Turki menunjukkan kereta kabel yang rosak 'tergantung' di sisi gunung berbatu, manakala kakitangan perubatan merawat mangsa yang cedera.
Pejabat gabenor dan penyiar tempatan memaklumkan, mangsa yang cedera dipindahkan ke hospital berdekatan untuk rawatan, manakala 24 kereta kabel lain masih 'tergantung'.
Difahamkan, kereta kabel itu membawa pelancong dari pantai Konyaalti ke restoran dan platform tinjau di puncak Tunektepe setinggi 618 meter.
Berdasarkan maklumat di laman web, kereta kabel itu mempunyai 36 kabin dengan setiap satu boleh memuatkan enam orang.
Secara purata, ia memerlukan sembilan minit untuk ke puncak Tunektepe yang dilengkapi kemudahan bagi menikmati pemandangan indah bandar Antalya.
Datuk Bandar Antalya, Muhittin Böcek berkata, usaha sedang dijalankan untuk menyelamatkan 184 orang yang terperangkap dalam kereta kabel itu.
"Sistem tali sedang digunakan untuk operasi menyelamat dan helikopter dilengkapi sistem penglihatan malam sedang menuju ke kawasan itu.
"Pada masa ini terdapat 184 rakyat kita di dalam 25 kabin. Insya-Allah, kita akan berjaya menyelamatkan mereka," katanya. - Sinar Harian/Agensi
Sinar Harian
Sat Apr 13 2024
Imej di media Turki menunjukkan kereta kabel yang rosak 'tergantung' di sisi gunung berbatu, manakala kakitangan perubatan merawat mangsa yang cedera. -AP
Maritim Perak rampas 61 set bubu naga bernilai RM4,000
Maritim Negeri Perak rampas sebanyak 61 set bubu naga bernilai lebih RM4,000 di sekitar Pulau Talang dan Pantai Remis, Lumut semalam.
[TERKINI] Kes Avitan Shalom miliki senjata, peluru bermula 30 September
Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur menetapkan sembilan hari bermula 30 September perbicaraan seorang lelaki, Avitan Shalom.
Carta aliran wang Touch n Go eWallet mudahkan pengguna pantau perbelanjaan
Ia memaparkan satu carta perbelanjaan, memudahkan pengguna melihat ke manakah perbelanjaan mereka setiap bulan mengikut kategori.
AWANI Ringkas: Masalah teknikal dipercayai punca nahas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Euro 2024: Harry Kane berisiko tidak tersenarai dalam skuad England
Status penyerang Bayern Munich, Harry Kane, masih diragui untuk tersenarai dalam skuad Euro 2024 susulan masih bergelut dengan kecederaan.
Pantau Belanjawan: Membina daya tahan ekonomi Bumiputera Sabah, Sarawak
Madrasah Luqmanul Hakim di Ulu Tiram mungkin diroboh - Exco Johor
Madrasah Luqmanul Hakim di Ulu Tiram di Jalan Rabani, Kampung Sungai Tiram di sini yang sebelum ini didakwa menjadi tempat menyemai fahaman militan dan ekstremisme sudah pun ditutup pada 2001.
Resolusi Rusia kawal senjata nuklear angkasa lepas gagal
Resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang digubal oleh Rusia yang menyeru semua negara untuk mencegah penempatan, ancaman atau penggunaan mana-mana senjata di angkasa lepas gagal pada Isnin.
Bicara kes lelaki Israel miliki ratusan peluru, enam pistol September ini
Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa, menetapkan kes seorang lelaki warga Israel atas dua pertuduhan memiliki ratusan peluru dan memperdagangkan enam pistol akan bermula 30 September depan.
Kim Jong Un ucap takziah kepada Iran
Pemimpin Korea Utara Kim Jong Un menghantar mesej ucapan takziah kepada Iran berhubung kematian Presiden Ebrahim Raisi dalam nahas helikopter pada Selasa.
Tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat dalam nahas kereta kabel di Antalya, Turkiye
Tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat dalam nahas kereta kabel di Antalya, Turkiye pada Jumaat, kata Kementerian Luar Malaysia (Wisma Putra).
Seorang maut, tujuh cedera insiden tiang kereta kabel tumbang di Turki
Mangsa yang cedera dipindahkan ke hospital berdekatan untuk rawatan, manakala 24 kereta kabel lain masih 'tergantung'.
Mohd Juwaidi selangkah ke final Piala Dunia Memanah 2023 di Antalya
Pemanah negara Mohd Juwaidi Mazuki hanya selangkah untuk mencipta sensasi meraih pingat emas selepas mara ke separuh akhir acara compound individu lelaki pada Piala Dunia Memanah 2023.
Juwaidi pecah rekod kebangsaan, skuad memanah mula bergaya di Antalya
Atlet berusia 32 tahun itu, yang menduduki ranking ke-161, akan berdepan Yang Chen-Jui dari Taiwan pada saingan pusingan pertama.
Hishammuddin, Menteri Luar China akan bincang situasi di Laut China Selatan
Mesyuarat dua hala itu diadakan di samping Mesyuarat Khas ASEAN-China di Chongqing, China pada 7 Jun.
9 maut, bot pelarian karam di perairan Turki
Sembilan termasuk enam kanak-kanak maut pada Ahad selepas sebuah bot laju yang membawa 15 orang pelarian karam berhampiran pantai selatan Antalya, selatan Turki.