Skip to main content

Dunia

Seorang rakyat Palestin maut ditembak di Tebing Barat

71649854562_PalestineFlag.jpg
RAMALLAH: Seorang lelaki Palestin maut akibat terkena tembakan ketika pertempuran di Tebing Barat pada Rabu, menurut Kementerian Kesihatan Palestin.

Muhammad Hassan Assaf, 34, maut selepas ditembak di dada oleh tentera Israel di bandar Nablus, lapor Agensi Anadolu.

Ketegangan memuncak di seluruh wilayah Palestin sejak awal April susulan Israel menjalankan serbuan dengan alasan menahan rakyat Palestin yang "dikehendaki".

Sekurang-kurangnya 23 rakyat Palestin dan 14 warga Israel terbunuh dalam serangan di Tebing Barat pada bulan lepas.

-- BERNAMA

Advertisement

Must Watch Video