DUNIA
Seoul sambut baik gencatan senjata antara Thailand, Kemboja

Dari kiri Perdana Menteri Kemboja Hun Manet, Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pemangku Perdana Menteri Thailand Phumtham Wechayachai selepas perjanjian gencatan senjata berjaya dicapai di Putrajaya,pada Isnin lalu. - Reuters
SEOUL: Kementerian Luar Korea Selatan pada Selasa menyambut baik gencatan senjata antara Thailand dan Kemboja serta berharap konflik sempadan itu dapat diselesaikan secara aman, lapor Agensi Berita Yonhap.
Sejak Khamis lepas, pertempuran berdarah di sempadan antara kedua-dua negara telah meragut sekurang-kurangnya 35 nyawa anggota tentera, mencederakan lebih 140 orang dan mengakibatkan kira-kira 260,000 penduduk berpindah.
Dengan sokongan Malaysia dan Amerika Syarikat, Thailand dan Kemboja berjaya mencapai perjanjian gencatan senjata awal semalam.
"Kerajaan Korea Selatan amat menghargai usaha diplomatik yang digerakkan oleh negara berkaitan seperti Amerika Syarikat dan Malaysia bagi mencapai perjanjian gencatan senjata," kata kementerian itu."Kami akan terus berusaha ke arah kestabilan dan keamanan serantau," katanya lagi.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami