Sembilan maut dalam tembakan rambang di Johannesburg, 12 suspek diburu

Jurucakap polis memaklumkan sembilan mangsa maut di lokasi, manakala 10 yang cedera dihantar ke hospital berdekatan untuk rawatan lanjut. Beberapa mangsa dilaporkan kritikal. -Foto Reuters
JOHANNESBURG: Sekurang-kurangnya sembilan individu termasuk tiga kanak-kanak maut, manakala 10 lagi cedera dalam insiden tembakan rambang di sebuah bar di Bekkersdal, barat Johannesburg, awal pagi Sabtu.
Ringkasan AI
- Sembilan individu termasuk tiga kanak-kanak maut dalam insiden tembakan rambang di bar Bekkersdal, Johannesburg.
- Polis Afrika Selatan menyatakan 10 lagi cedera, beberapa kritikal, dalam kejadian yang melibatkan sekumpulan lelaki bersenjata.
- Siasatan awal menunjukkan kemungkinan motif kejadian berkaitan kegiatan jenayah terancang; 12 suspek dikatakan terlibat dalam insiden tersebut.
Siasatan awal mendapati seramai 12 suspek terlibat, namun motif kejadian masih belum dikenal pasti.
Polis tidak menolak kemungkinan insiden ini berkaitan kegiatan jenayah terancang.
“Pasukan khas telah ditubuhkan untuk memburu suspek. Kami menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat agar tampil membantu siasatan,” kata jurucakap polis dalam kenyataan.
Insiden ini adalah yang terbaharu dalam siri tembakan besar-besaran yang menggegarkan Afrika Selatan, sebuah negara dengan kadar jenayah antara tertinggi di dunia.
Awal bulan ini, 12 termasuk seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun terbunuh dalam serangan bersenjata di sebuah bar berhampiran Pretoria.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Berapakah jumlah individu yang maut dalam insiden tembakan rambang di bar Bekkersdal, Johannesburg? A: Sembilan individu termasuk tiga kanak-kanak dilaporkan maut dalam insiden tersebut.
- Q: Apa yang dilaporkan berlaku di bar KwaNoxolo pada awal pagi Sabtu? A: Sekumpulan lelaki bersenjata menaiki dua kenderaan dan melepaskan tembakan secara rawak ke arah pelanggan dan orang awam di luar premis bar KwaNoxolo.
- Q: Berapakah jumlah individu yang cedera dalam insiden tersebut? A: Sebanyak 10 individu dilaporkan cedera dalam insiden tembakan di bar Bekkersdal.
- Q: Apakah yang dilakukan pihak berkuasa Afrika Selatan bagi menyiasat insiden tembakan ini? A: Pihak berkuasa telah menghantar 10 individu yang cedera ke hospital untuk rawatan lanjut dan membentuk pasukan khas untuk memburu suspek yang terlibat.
- Q: Adakah motif kejadian insiden tembakan rambang di bar tersebut sudah diketahui? A: Motif kejadian masih belum dikenal pasti walaupun siasatan awal mendapati 12 suspek terlibat dan polis tidak menolak kemungkinan insiden ini berkaitan kegiatan jenayah terancang.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

