DUNIA
Sepanyol kurangkan had kelajuan di laluan kereta api Madrid-Barcelona
Sekurang-kurangnya 41 orang maut dan puluhan lagi cedera dalam nahas kereta api pada Ahad di Andalusia, apabila dua kereta api berkelajuan tinggi bertembung. REUTERS
MADRID: Sepanyol mengurangkan had kelajuan maksimum bagi kereta api di laluan utama antara Madrid dan Barcelona susulan nahas kereta api teruk di selatan negara itu, menurut pengendali rangkaian Adif pada Selasa, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Buat masa ini, kereta api berkelajuan tinggi hanya dibenarkan bergerak pada kelajuan maksimum 160 kilometer sejam (km/j) berbanding 300 km/j di seksyen sepanjang 150km.
Pemandu kereta api melaporkan beberapa bahagian landasan yang tidak rata, yang dijadualkan untuk diperiksa pada waktu malam.
Laporan media menyebut yang beberapa pemandu di laluan itu secara sukarela mengurangkan kelajuan sejak Isnin sebagai sebagai isyarat tidak puas hati terhadap keadaan landasan.
Perjalanan biasa selama dua setengah jam bagi jarak lebih 650 kilometer antara dua bandar itu akan bertambah sekurang-kurangnya kira-kira 30 minit di bawah sekatan Adif, menurut laporan akhbar Sepanyol La Vanguardia dan El Pais.
Sekurang-kurangnya 41 orang maut dan puluhan lagi cedera dalam nahas kereta api pada Ahad di Andalusia, apabila dua kereta api berkelajuan tinggi bertembung berhampiran perbandaran Adamuz, timur laut Cordoba.
Menteri Pengangkutan Oscar Puente berkata punca nahas kereta api terburuk dalam sejarah negara itu mungkin faktor kecacatan landasan atau kerosakan kereta api, dan belum membuat kesimpulan muktamad.
-- BERNAMA