DUNIA
Sepanyol umum akan hantar kapal perang untuk lindungi flotila bantuan Gaza
Sanchez menegaskan bahawa Sepanyol menuntut agar undang-undang antarabangsa dihormati dan keselamatan rakyatnya dijamin semasa belayar di Laut Mediterranean. - Foto AP
NEW YORK: Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sánchez, mengumumkan bahawa kerajaan beliau akan menghantar sebuah kapal perang dari Cartagena bagi melindungi flotila bantuan antarabangsa yang menuju ke Gaza, susulan serangan dron ke atas konvoi tersebut di perairan antarabangsa berhampiran Greece.
Ringkasan AI
Langkah ini dibuat sebagai tindak balas terhadap insiden serangan ke atas Global Sumud Flotilla, yang terdiri daripada kira-kira 50 kapal awam membawa aktivis dan peguam dari 45 negara, termasuk aktivis iklim Sweden Greta Thunberg.
Flotila itu bertujuan untuk menyalurkan bantuan makanan dan perubatan kepada penduduk Gaza yang terjejas teruk akibat perang dan sekatan laut Israel.
“Kami akan menghantar kapal tentera laut dengan semua sumber yang diperlukan sekiranya perlu untuk membantu flotila dan melaksanakan operasi menyelamat,” kata Sánchez dalam sidang media di New York semasa menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Beliau menegaskan bahawa Sepanyol menuntut agar undang-undang antarabangsa dihormati dan keselamatan rakyatnya dijamin semasa belayar di Laut Mediterranean.
Serangan ke atas flotila berlaku kira-kira 30 batu nautika dari pulau Gavdos, Greece, melibatkan 12 dron yang dipercayai menyerang lima kapal dan menyebabkan kerosakan pada tiang dan sistem komunikasi.
Walaupun Israel tidak mengaku bertanggungjawab, negara itu sebelum ini mengkritik misi flotila kerana didakwa menyokong Hamas.
Konflik di Gaza yang bermula sejak Oktober 2023 telah meragut lebih 65,000 nyawa rakyat Palestin dan menyebabkan kemusnahan besar serta krisis kemanusiaan yang berpanjangan.
Flotila ini dilihat sebagai usaha masyarakat antarabangsa untuk menyalurkan bantuan secara langsung kepada penduduk Gaza yang terputus hubungan dengan dunia luar akibat sekatan.
Sánchez turut menyatakan sokongan terhadap misi kemanusiaan ini dan menegaskan bahawa Sepanyol akan berdiri teguh bersama negara-negara lain dalam mempertahankan hak asasi dan keselamatan peserta flotila.
Tindakan Sepanyol ini turut disertai oleh Itali yang telah lebih awal menghantar kapal perang bagi tujuan sama.
Dapatkan berita terkini di sini
Ringkasan AI
- PM Pedro Sanchez umumkan penghantaran kapal perang dari Cartagena untuk lindungi flotila bantuan Gaza selepas serangan dron di perairan Greece.
- Global Sumud Flotilla, yang membawa aktivis dari 45 negara termasuk Greta Thunberg, diserang oleh 12 dron, menyebabkan kerosakan pada lima kapal.
- Sepanyol dan Itali menyokong usaha bantuan ke Gaza, menuntut penghormatan terhadap undang-undang antarabangsa dan keselamatan peserta flotila.