awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pengusaha diberi tempoh hingga Oktober hentikan jualan vape di Perak
Warga emas maut dilanggar pemandu mabuk
[TERKINI] Naik gaji penjawat awam bukan kerana didesak - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Itali hantar kapal perang bantu flotila menuju Gaza

Farhan Hakimi
Farhan Hakimi
24/09/2025
14:45 MYT
Itali hantar kapal perang bantu flotila menuju Gaza
Menurut media antarabangsa, langkah itu susulan arahan Menteri Pertahanan Itali, Guido Crosetto, selepas insiden serangan dron di perairan Greece. - Gambar X/Global Sumud Flotilla Commentary
KUALA LUMPUR : Itali menghantar sebuah kapal perang jenis frigat Tentera Laut untuk membantu flotila yang menuju ke Gaza pada Rabu.
Menurut media antarabangsa, langkah itu susulan arahan Menteri Pertahanan Itali, Guido Crosetto, selepas insiden serangan dron di perairan Greece.
Ujarnya, ia sebagai usaha memastikan bantuan kepada warganegara Itali yang menyertai flotila berkenaan.
Beliau menjelaskan turut mengadakan perbincangan dengan perdana menteri dan meluluskan tindakan segera menghantar kapal berkenaan sebagai sebahagian daripada operasi mengawal perairan.
Crosetto turut mengecam keras insiden serangan itu.
Pada masa sama, Menteri Luar Itali, Antonio Tajani meminta Israel agar menjamin keselamatan warganegara Itali termasuk ahli parlimen negara itu dan ahli Parlimen Kesatuan Eropah (EU) yang menyertai aktivis pro-Palestin.
Kementerian itu turut memaklumkan kepada Israel, sebarang operasi dijalankan pasukan Israel mesti mematuhi undang-undang antarabangsa.
Terdahulu, konvoi Flotila Sumud Global (GSF) berdepan detik tegang selepas menjadi sasaran intimidasi dron rejim Israel, sebahagiannya dilaporkan meletup di udara ketika insiden berlaku.
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Flotila Sumud Global
#Kesatuan Eropah
#Israel
#pro-Palestin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan