awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mohamad Hasan lakukan lawatan kerja ke AS bagi Mesyuarat Mineral Kritikal
Perpaduan bukan tentang setuju semua perkara, tetapi kewarasan sebelum emosi - Penganalisis
YAPEIM peruntuk RM16.44 juta laksana 356 projek bina, baik pulih rumah sejak 2020
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Separuh akhir Piala Dunia: Polis Perancis gerakan 10,000 anggota persediaan kemungkinan rusuhan

Bernama
Bernama
14/12/2022
14:16 MYT
Separuh akhir Piala Dunia: Polis Perancis gerakan 10,000 anggota persediaan kemungkinan rusuhan
Perancis merancang menggerakkan 10,000 pegawai polis termasuk 5,000 khusus ditempatkan di Paris dan di kawasan sekitarnya. - Gambar fail/AP
PARIS: Bimbang kemungkinan rusuhan selepas perlawanan separuh akhir Piala Dunia antara Perancis dan Maghribi di Qatar pada Rabu, Perancis merancang menggerakkan 10,000 pegawai polis termasuk 5,000 khusus ditempatkan di Paris dan di kawasan sekitarnya, lapor Agensi Anadolu.
Di Paris, polis akan ditempatkan di sekitar boulevard Champs-Elysees seperti yang diumumkan Menteri Dalam Negeri Gerald Darmanin.
Paris sebelum ini menyaksikan insiden ganas pada 10 Dis selepas kemenangan Maghribi dan Perancis di peringkat suku akhir.
Champs-Elysees bagaimanapun tidak ditutup pada Rabu.
Kebanyakan jalan masuk ke Paris akan ditutup mulai 6.30 petang termasuk beberapa stesen metro dan RER.
Ancaman lain adalah daripada samseng berhaluan kanan yang radikal seperti dilaporkan stesen radio Europe 1.
Menurut Europe 1, di bandar Strasbourg, beberapa dozen ahli "Pesalah Strasbourg," kumpulan samseng yang terdiri daripada neo-Nazi, Identitarian dan ultra-nasionalis, dikatakan telah merancang untuk berkumpul di jalan-jalan di pusat bandar selepas perlawanan itu.
Perlawanan itu dilihat oleh beberapa pihak sebagai pertembungan antara Kolonialis Perancis dan bekas jajahannya di Afrika Utara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Piala Dunia Qatar 2022
#Polis Perancis
#Perancis lawan Maghribi
#Paris
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan