WASHINGTON: Separuh daripada terumbu karang dunia mungkin berada dalam persekitaran yang tidak sesuai menjelang 2035, jika perubahan iklim berterusan pada kadar seperti sekarang ini, menurut penyelidikan baharu yang diterbitkan pada Selasa.
United Press International (UPI) melaporkan penyelidik di Universiti Hawaii di Manoa dalam jurnal saintifik PLOS Biology, memberi amaran bahawa dalam senario terburuk, kes ini boleh berlaku.
Keupayaan ekosistem untuk menyesuaikan diri dengan perubahan alam sekitar sebahagian besarnya bergantung kepada jenis dan impak tekanan alam sekitar, katanya.
Terumbu karang sangat sensitif terhadap keadaan persekitaran yang tidak sesuai.
"Keupayaan ekosistem untuk bertahan dan berpotensi menyesuaikan diri dengan perubahan alam sekitar ditentukan terutama oleh tempoh masa pembolehubah persekitaran kekal bersesuaian. "Di sini, kami menyasarkan tahun di mana gangguan alam sekitar melepasi had toleransinya secara kekal," menurut pengarang Renee Setter dalam pengenalan kajian itu.
Menurut laporan UPI, Setter dan rakan sekerja mendapati bahawa tanpa sebarang perubahan untuk memperlahankan kesan perubahan iklim, 2050 dijangka merupakan tahun median di mana keadaan alam sekitar diunjurkan menjadi tidak sesuai untuk terumbu karang dunia, berdasarkan hanya satu tekanan alam sekitar.
Tarikh itu beralih lebih awal kepada 2035 jika pelbagai tekanan dipertimbangkan.
Penyelidik menjangkakan menjelang 2055, majoriti terumbu karang dunia akan menghadapi keadaan tidak sesuai berdasarkan sekurang-kurangnya satu daripada lima tekanan yang dikaji, katanya.
Walaupun kesan negatif perubahan iklim terhadap terumbu karang diketahui umum, penyelidikan ini menunjukkan bahawa ia sebenarnya lebih buruk daripada yang dijangkakan disebabkan oleh gabungan luas tekanan akibat perubahan iklim.
"Karang akan menghadapi pelbagai tekanan - mencetuskan halangan dan cabaran yang lebih besar yang perlu diatasi untuk meningkatkan kelangsungan hidupnya," kata Setter, pelajar kedoktoran di Universiti Hawai?i di Manoa.
Penyelidik merancang untuk melihat bagaimana perubahan iklim diunjur mempengaruhi spesies karang individu, mengenal pasti jenis yang lebih berkemungkinan bertahan dalam keadaan yang tidak sesuai, dan yang mana lebih mudah terjejas.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 12 2022
Faktor perubahan iklim menjadi 'musuh' utama habitat terumbu karang di seluruh dunia. - Gambar fail
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
MRA salur bantuan banjir bernilai lebih RM429,000
Sumbangan itu merangkumi bantuan makanan, bukan makanan dan perkhidmatan.
300 stesen pengecasan EV akan ditambah dalam tempoh dua tahun - Ab Rauf
Kerajaan Melaka cadang tambah hingga 300 stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) dalam tempoh dua tahun akan datang, kata Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh.
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Singapura lancar projek pemulihan terumbu karang terbesar
NParks bekerjasama dengan Makmal Marin Nasional di Pulau St John (SJINML) untuk melaksanakan inisiatif itu.
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan - Joachim
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan dan memberi kesan buruk kepada imej negeri ini sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia.
China dakwa kapal Filipina rosakkan terumbu karang di Laut China Selatan
China mendakwa kapal perang Filipina merentas secara haram di sekitar Beting Thomas Kedua berhampiran Kepulauan Nansha.
Usaha kenal pasti tekanan dihadapi terumbu karang diperhebat
DOF akan terus menjalankan pemantauan berterusan terhadap terumbu karang serta kualiti air bagi memelihara perairan lautan negara.
263 spesies hidupan marin di Taman Laut Melaka
Antara spesies yang wujud adalah terumbu karang jenis acropora yang kebiasaannya terdapat di pantai timur negara ini.
Sukarelawan, penyelam skuba kutip 100kg sampah di Pulau Perhentian
Jumlah itu termasuk 40kg pelbagai jenis sampah yang dikutip di kawasan terumbu karang dasar laut oleh 20 penyelam skuba.
Victoria STS Labuan laksana inisiatif penjagaan terumbu karang
Victoria STS (Labuan) Sdn Bhd bersetuju melaksanakan inisiatif penjagaan terumbu karang di sekitar Taman Laut Labuan.
Separuh terumbu karang dunia mungkin berada dalam persekitaran tidak sesuai pada 2035 - Kajian
Faktor perubahan iklim menjadi 'musuh' utama habitat terumbu karang di seluruh dunia.
Harga ikan naik? Pastikan anda pelihara, pulihara terumbu karang sebaiknya
Terumbu karang yang semakin berkurang menyebabkan jumlah ikan di sesuatu kawasan ikut sama berkurang.
Terumbu karang Great Barrier Reef semakin luntur
Walaupun ia boleh kalis luntur dalam suhu air sejuk dalam masa terdekat, beberapa terumbu karang telah pun kelihatan mati.