LONDON: Jangan pula ini dimakan!
Sepotong kek majlis perkahwinan antara Putera Charles dan Puteri Diana pada 40 tahun lalu kini boleh menjadi milik sesiapa kerana ia bakal dilelong, lapor AP.
Hanya seberat kira-kira 790 gram itu adalah antara sedikit tinggalan fizikal dari kenangan sebuah upacara gilang-gemilang yang disaksikan orang ramai di seluruh dunia ketika itu.
Potongan kek itu adalah dari salah satu daripada 23 biji kek rasmi yang dihasilkan bagi meraikan tarikh istimewa, 29 Julai 1981, sewaktu pewaris takhta Britain itu disatukan dengan Diana, wanita pilihannya yang baru berusia 20 tahun.
Potongan kek yang sudah dikeraskan itu adalah dari asas bahan marzipan dengan dihiasi bentukan krim gula yang diwarnakan dengan pewarna emas, merah, biru dan perak.
Selepas dipotong, ia diberikan kepada salah seorang anggota dari petugas kediaman baginda Ratu, Moyra Smith di Clarence House.
Smith bagaimanapun telah menyimpan potongan kek itu di dalam bekas khas dengan label bertulis “Handle with Care - Prince Charles & Princess Diane’s Wedding Cake” (Jaga dengan baik - Kek Perkahwinan Putera Charles dan Puteri Diana), dan seterusnya ditandatangani dan bertulis tarikh '29/7/81'.
Keluarga Smith menjual kek tersebut kepada seorang pengumpul pada tahun 2008, namun kini, ia sedia untuk dilelong sekali lagi pada 11 Ogos nanti.
Item itu dijangka meraih nilai lelongan antara 300 Pound (RM1,770) hingga 500 Pound (RM2,940), yang disertai kad turutan upacara, perincian majlis dan aturan sarapan sempena perkahwinan diraja.
“Kelihatannya kek itu masih dalam keadaan baik, sama seperti ketika ia mula-mula dijual, suatu masa dahulu... Tapi kami nasihatkan... jangan ia dimakan!" kata pengendali lelongan, Chris Albury, yang juga penilai kanan di Dominic Winter Auctioneers.
** Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, pemotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu !
Agensi
Sun Aug 01 2021
Potongan kek itu adalah dari salah satu daripada 23 biji kek rasmi yang dihasilkan bagi meraikan tarikh istimewa, 29 Julai 1981. - Foto AP
Tengku Zafrul akan perjelas spekulasi sertai PKR dalam masa terdekat
Tengku Zafrul akan membuat kenyataan berhubung khabar angin penyertaannya ke PKR dalam masa terdekat.
'Jangan ada sikap kawan makan kawan' - Puteri UMNO
Amal turut menyeru pemimpin masa kini mewarisi contoh terbaik kepada generasi baharu hari ini.
ISN fokus R&D sukan berpotensi menjelang Olimpik LA 2028
Institut Sukan Negara (ISN) akan memperkasa program penyelidikan dan pembangunan (R&D) dengan tumpuan khusus kepada sukan berpotensi tinggi di Sukan Olimpik Los Angeles 2028 menggunakan peru
Donald Trump lantik bekas ketua perisikan jadi utusan presiden
Jawatan itu dijangka akan memacu dasar-dasar terhadap beberapa musuh AS termasuk Korea Utara.
Turkiye tegaskan dukungan ke atas Syria pasca konflik
Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan memberi jaminan bahawa Turkiye akan terus berdiri bersama rakyat Syria dalam proses pemulihan dan pembinaan semula negara itu.
Dalam catatannya di X, Erdogan berkata sokongan akan terus diberikan tanpa mengira latar belakang rakyat Syria demi memastikan negara itu bangkit semula sebagai sebuah negara yang aman dan stabil.
Dalam catatannya di X, Erdogan berkata sokongan akan terus diberikan tanpa mengira latar belakang rakyat Syria demi memastikan negara itu bangkit semula sebagai sebuah negara yang aman dan stabil.
Syria fokus pemulihan, tolak konflik baharu dengan Israel
Pemimpin de facto Syria, Ahmad al-Sharaa, pada Sabtu menyatakan bahawa Israel menggunakan alasan palsu untuk mengesahkan serangan terhadap Syria.
Namun, beliau menegaskan bahawa Syria tidak berminat terlibat dalam konflik baharu.
Namun, beliau menegaskan bahawa Syria tidak berminat terlibat dalam konflik baharu.
Piala AMEC: Ekor Harimau diancam penyokong lawan di Stadium Rajamangala akibat provokasi
Situasi tegang itu berpunca daripada kedua-dua pihak yang saling berbalas provokasi tetapi keadaan itu terkawal.
Bayi lelaki berbalut kain ditemui dalam semak belakang surau di Manjung
Siasatan pihak polis mendapati bayi lelaki tersebut ditinggalkan dalam semak dan berbalut dengan kain.
‘UMNO bukan parti yang boleh ditendang, perlu kaji kedudukan dalam kerajaan’ - Dr Akmal
Dr Muhamad Akmal menyifatkan UMNO bukan sebuah parti yang boleh ditendang mengikut sesuka hati.
FBI dedah foto wartawan AS yang hilang di Syria sejak 2012
Gambar tersebut disunting bagi memberi gambaran kemungkinan rupa paras beliau pada usia 40-an.
Sepotong kek dari majlis perkahwinan Charles-Diana 40 tahun lalu sedia dilelong
Potongan kek itu adalah dari salah satu daripada 23 biji kek rasmi yang dihasilkan bagi meraikan tarikh istimewa, 29 Julai 1981.
Bunga telang bukan sekadar pewarna semula jadi, inovasi pembuatan kek
Berinspirasikan sumber alam yang boleh dipelbagaikan itu mencetuskan idea buat Khalilah Mohamad, 37, untuk menggunakannya dalam proses pembuatan kek yang diberi nama Nyonya Tai Tai.
'Selfie cake', menarik atau seram?
Wanita ini menghasilkan kek wajahnya sendiri dan hasilnya cukup mengejutkan.
Agong terima kejutan Hari Keputeraan di Istana Negara
Bait lagu 'Allah Selamatkan Tuanku' dinyanyikan penyanyi terkenal Dayang Nurfaizah dan anak-anak Permata Seni Koir yang turut disertai oleh tetamu yang hadir.
"I don't ask for a cake, or to be dressed like a princess" - sayu ucapan hari jadi Puteri Balqis
Menurut Balqis, dia tidak perlukan kek hari jadi atau pakaian cantik umpama seorang puteri, apa yang dia mahukan hanyalah berada di sisi ibunya di hari istimewa itu.
Alamak! Sempena hari jadi, Shaheizy Sam terima kek 'rare' berbentuk rokok
Rata-rata netizen berpendapat kek pemberian Syatilla 'rare' kerana reka bentuknya dipenuhi dengan puntung rokok.
Tiba musim pilihan raya, makin ramai syaitan muncul buat fitnah - Rizal Mansor
Rizal turut menyanggah dakwaan bahawa Rosmah sebagai isteri perdana menteri pertama yang memiliki pejabat di Putrajaya.
Misteri kek hari jadi untuk bekas Menteri Kabinet?
Tiga biji kek dibawa masuk ke perkarangan premis bangunan kerajaan di Sabah menjadi tanda tanya pihak media dan kakitangan di Mahkamah Kota Kinabalu tengah hari tadi.
Kek hari lahir ke-27 Neelofa berharga RM6,000
Bertuah pelakon dan pengacara Neelofa apabila dapat merasa kek berharga RM6,000 pada hari ulang tahun kelahirannya yang ke-27.
Akibat marah, seorang penjual kek warga Myanmar ditembak
Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang Ahad di Batu Caves itu, mangsa, seorang wanita, dilaporkan telah diserang suspek ketika sedang menjalankan perniagaannya.