awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Terbuka Windy City: Sivasangari layak ke suku akhir, Eain Yow dan Aira tersingkir
PM Modi diberi sambutan rasmi di Kompleks Perdana Putra
Vokalis 3 Doors Down, Brad Arnold meninggal dunia akibat kanser
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Serang Qatar: Bukti Israel tidak minat usaha damai, gencatan senjata – Penganalisis

Faida Rahim
Faida Rahim
10/09/2025
08:31 MYT
Serang Qatar: Bukti Israel tidak minat usaha damai, gencatan senjata – Penganalisis
Mohd Afandi berkata, tindakan Israel menyerang Qatar, sebuah negara yang aktif menjadi perantara dalam proses damai adalah bukti jelas bahawa rejim itu enggan menghentikan kekejaman terhadap rakyat Palestin. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Serangan Israel terhadap Qatar pada Selasa menunjukkan rejim Zionis tidak mempunyai minat terhadap usaha gencatan senjata dan melaksanakan usaha damai dengan pihak Hamas.

Ringkasan AI
  • Serangan Israel ke atas Qatar bukti tiada minat terhadap gencatan senjata, malah usaha damai dianggap ancaman kepada dasar luar Israel yang mahu menghapuskan Hamas dan meluaskan kuasa.
  • Qatar kekal tegas sebagai perantara damai walaupun berdepan tekanan dan serangan, menunjukkan keberanian dan kebijaksanaan dalam usaha mengakhiri krisis kemanusiaan di Gaza.
  • Masyarakat antarabangsa digesa sokong usaha Qatar dan menekan Israel untuk hentikan serangan yang disifatkan sebagai pembunuhan berterusan terhadap rakyat Palestin.

Pensyarah Fakulti Undang-Undang dan Hubungan Antarabangsa Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Prof Mohd Afandi Salleh berkata, tindakan Israel menyerang Qatar, sebuah negara yang aktif menjadi perantara dalam proses damai adalah bukti jelas bahawa rejim itu enggan menghentikan kekejaman terhadap rakyat Palestin.
“Proses gencatan senjata telah berlangsung cukup lama dan Qatar memainkan peranan penting sebagai orang tengah dalam usaha tersebut. Namun, Israel melihat usaha ini sebagai ancaman kepada dasar luar mereka yang bertujuan menghapuskan Hamas dan meluaskan sempadan kuasa mereka melebihi Gaza,” katanya dalam Buletin AWANI pada Rabu.
Serangan Israel ke atas Doha, rencat prospek damai Asia Barat?
Dalam pada itu, Mohd Afandi turut menegaskan bahawa Qatar tidak akan menarik diri daripada peranan sebagai perantara damai walaupun berdepan tekanan dan serangan.
“Saya percaya Qatar cukup tegas dan berani dalam memainkan peranan ini. Kita sebagai negara Islam dan masyarakat dunia seharusnya berasa bangga dengan keberanian dan kebijaksanaan Qatar dalam mendamaikan dua pihak yang bermusuh serta berusaha mengakhiri krisis kemanusiaan di Gaza,” katanya.
Beliau turut menyeru agar masyarakat antarabangsa terus menyokong usaha Qatar dan menekan Israel untuk menghentikan serangan yang disifatkan sebagai pembunuhan berterusan terhadap rakyat Palestin.
Topic Berkaitan
#gencatan senjata
#Hamas
#Qatar
#Doha
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami