AS serang Taliban lepas gencatan senjata pada Aidilfitri tamat

Astro Awani
Jun 5, 2020 23:26 MYT
Sehingga kini, pihak Taliban masih tidak memberi maklum balas mengenai serangan tersebut. (Foto AP/Fail)
AMERIKA Syarikat (AS) melancarkan serangan udara pertama terhadap Taliban selepas penamatan tiga hari gencatan senjata sempena Aidilfitri minggu lalu.
Jurucakap tentera AS, Sonny Leggett, dalam laman Twitternya menjelaskan, ia serangan udara pertama AS terhadap Taliban selepas gencatan senjata tiga hari berakhir pada 26 Mei lalu.
"Dua serangan dilancarkan semalam dan hari ini di wilayah berasingan di Afghanistan
"Semua pihak perlu mengurangkan keganasan untuk proses perdamaian berlangsung," ujarnya pada Jumaat.

USFOR-A conducted 2 airstrikes on June 4 to disrupt coord. TB attacks on ANDSF checkpoints, IAW the US-TB agrmt. We reiterate: All sides must reduce violence to allow the peace process to take hold. These were the 1st US airstrikes against TB since the start of the Eid ceasefire

— USFOR-A Spokesman Col Sonny Leggett (@USFOR_A) June 5, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sehingga kini, pihak Taliban masih tidak memberi maklum balas mengenai serangan tersebut.
Sebelum ini, pengumuman gencatan senjata oleh Taliban mengejutkan pihak berkuasa Afghanistan.
Ia sekali gus menimbulkan keadaan tenang dengan kenyataan Afghanistan untuk memberi sepenuh komitmen untuk memulakan rundingan damai yang lama tertangguh dengan pemberontak.
AS pada Februari lalu berjanji untuk mengundurkan semua tenteranya sebagai balasan terhadap jaminan keselamatan yang dijanjikan mereka.
Ia susulan perjanjian yang dibuat bersama Taliban.
#Afghanistan #Aidilfitri #AS #gencatan senjata #jaminan keselamatan #keganasan #pemberontak #perdamaian #perjanjian #rundingan #serangan udara #Sonny Leggett #Taliban #tentera #Twitter