Tiga serangan bom kereta berasingan meggegarkan Damsyik pada hari Rabu.

Agensi berita Sana menyebut sekurang-kurangnya seorang maut dalam serangan itu.

Serangan pertama berlaku di keriranan Jaramana, di Tenggara Damsyik. Bagaimanapun berlaku percanggahan laporan antara agensi berita Al-Ikhbariya dan Sana mengenai angka korban dalam letupan kedua berhampiran bangunan Kementerian Keadilan.

Setakat ini angka korban dan kecederaan sebenar belum dapat disahkan.

Pertempuran antara tentara dan kerajaan dilaporkan semakin sengit sejak usaha menjatuhkan Presiden Bashar Assad bermula.

Bahagian Selatan Damsyik antara yang paling banyak berlaku peperangan melibatkan penentang dan tentera kerajaan.

Krisis di Syria kini berlarutan hampir 21 bulan dan korban keseluruhan mencecah hampir 40 ribu orang.