Serangan Jakarta: Polis sahkan tembak mati empat suspek di Sarinah

Bernama
Januari 14, 2016 07:50 MYT
Para media, polis dan paramedik Indonesia di kawasan di mana siri letupan bom dan tembakan berlaku di Jakarta pagi tadi. - REUTERS/Darren Whiteside
Polis mengesahkan telah menembak mati empat penjenayah yang dipercayai terbabit dalam insiden menyerang pondok polis dan siri letupan di kawasan berhampiran Sarinah Mall, di Jalan MH Thamrin di sini hari ini.
Ketua Bahagian Hubungan Manusia Polis Daerah Metro Jaya M.Iqbal memberitahu pemberita di tempat kejadian, keempat-empat lelaki itu belum dikenal pasti tetapi polis percaya telah melumpuhkan serangan mereka dan tiada lagi suspek yang diburu.
Katanya mereka ditembak di Gedung Cakrawala dan di tepi jalan di kawasan Thamrin namun polis masih belum boleh mengesahkan sama ada mereka adalah dari kumpulan rangkaian pengganas atau sebaliknya.
Iqbal turut menjelaskan sebenarnya ada dua letupan yang berlaku di lokasi kejadian manakala yang lainnya adalah bunyi tembakan.
BACA: Jakarta Diserang: Apa yang kita tahu setakat ini
BACA: Jakarta Diserang: Rakyat Malaysia disahkan selamat
FOTO: Ledakan bom, tembakan gempar Jakarta
VIDEO: Siri letupan di Jakarta
#Gedung Cakrawala #Jalan MH Thamrin #letupan bom #Sarinah Mall #serangan bom Jakarta #serangan Jakarta