awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Serangan ke atas Gaza mengorbankan 21 rakyat Palestin

Astro Awani
Astro Awani
11/05/2023
00:30 MYT
Serangan ke atas Gaza mengorbankan 21 rakyat Palestin
Pelancar Iron Dome menembak peluru berpandu pemintas ketika roket dilancarkan dari Gaza, di Sderot, Israel, 10 Mei 2023.
ENAM rakyat Palestin, termasuk seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun, terbunuh di Gaza pada Rabu, hari kedua Israel melancarkan serangan bom.
Sementara itu, Palestin bertindak balas dengan melepaskan puluhan roket ke arah Israel, menyasarkan bandar-bandar besar termasuk Tel Aviv.
Bermula tengah hari Rabu waktu tempatan, jet pejuang Israel melancarkan serangan udara di beberapa lokasi di seluruh Gaza, termasuk di Rafah, Khan Younis dan Beit Lahia.
Menurut Kementerian Kesihatan Palestin, sekurang-kurangnya lima rakyat Palestin terbunuh, menjadikan jumlah kematian sebanyak 21, sejak Israel mula menyerang pada Selasa.
Angka itu termasuk tiga tentera kanan dan lima kanak-kanak.
Sekurang-kurangnya 64 yang lain tercedera, menurut laporan Middle East Eye.
Pihak bersenjata di Gaza melancarkan roket ke arah Israel, menyasarkan Tel Aviv, Sderot, Ashkelon dan kawasan lain di tengah dan selatan.
Bagaimanapun, tiada laporan membabitkan kematian di Israel setakat ini.
Timbalan Jurucakap Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) Farhan Haq dalam taklimat media di New York berkata, setakat pagi Rabu, pihaknya mengesahkan 15 rakyat Palestin maut termasuk 10 orang awam.
Mereka terdiri daripada tiga kanak-kanak perempuan, seorang kanak-kanak lelaki, empat wanita dan dua lelaki dewasa.
Katanya, PBB pada masa sama sedang cuba mengesahkan angka kematian tambahan.
Menurutnya, lintasan sempadan dengan Gaza telah ditutup, menghalang 600 trak yang membawa makanan, bekalan perubatan dan bahan api daripada masuk.
Tambahnya, Penyelaras Khas PBB untuk Proses Keamanan Asia Barat, Tor Wennesland akan berusaha memastikan tiada peningkatan konflik dan semua pihak melaksanakan kawalan maksimum.
Topic Berkaitan
#Gaza
#Palestin
#Israel
#PBB
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan